Thursday, November 11, 2010

Empat Sebab Utama Usahawan Diperlukan Dalam Sesebuah Masyarakat

Masyarakat yang mempunyai ramai usahawan merupakan sebuah masyarakat yang terbaik. Ini adalah kerana sifat usahawan merupakan individu yang dinamik, kreatif dan inovatif. Merupakan juga individu yang sentiasa menghadapi sebarang situasi yang tidak menentu di masa hadapan. Semagat mereka yang gigih serta berusaha dengan penuh keyakinan menyebabkan menjadi individu yang amat istimewa dalam sesebuah masyarakat. Usahawan sentiasa merebut peluang dan mencipta pelbagai peluang untuk meningkatkan daya saing dengan memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat serta kesejahteraan masyakat itu sendiri.

Terdapat empat sebab utama kenapa usahawan diperlukan oleh sesebuah masyarakat;
  1. Membolehkan berlakunya pergabungan faktor-faktor pengeluaran termasuk tanah, modal, teknologi, maklumat dan sumber tenaga bagi menghasilkan kerja dengan secekap mungkin
  2. Melihat dan mengenal pasti peluang-peluang yang terdapat dalam persekitaran dengan menggiatkan aktiviti yang mampu memberi kesejahteraan sejagat.
  3. Memilih pendekatan yang terbaik dalam usaha mengambil faedah daripada faktor-faktor pengeluaran agar tidak berlakunya penyalahgunaan dan pembaziran sama ada semasa dan selepas menjalani aktiviti Keusahawanan.
  4. Memastikan generasi akan datang terus mendapat kebaikan daripada setiap aktiviti Keusahawanan yang dijalankan.

No comments:

Post a Comment