Sebgaimana yang telah diterangkan bahawa syaitan itu tidak pernah jemu dan sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Syaitan akan melakukan bermacam-macam helah dan muslihat supaya manusia tertipu dan terpedaya. Sehinggan akhirnya manusia mengikut kehendaknya.
Syaitan itu berkeliaran di merata-rata tempat sambil mencari mangsanya. Kebiasaannya ia akan berkumpul di jalanan kerana di situ terdapat ramai manusia terdiri dari peibagai kelakuan. Terutamanya kaum wanita yang telah keluar rumah dengan memakai pakaian yang menjolok mata serta solekan yang menarik perhatian. Bagi kaum wanita yang mengemari berpakaian seksi, syaitan memainkan peranannya dengan menjadikan indahnya bahagian bawah wanita tersebut pada pandangan lelaki yang melihatnya.
Syaitan paling suka mendekati wanita yang melacurkan dirinya. Ia akan menduduki rahim wanita tersebut dengan tujuan untuk menambahkan lagi keseronokan pada sang lelaki yang telah meniduri pelacur tersebut. Perbuatan sedemikian akan dilakukan berulang kali tanpa rasa jemu kerana syaitan sentiasa berada di sisi.
Begitu juga syaitan amat menggalakkan pergaduhan dan pembunuhan sesama sendiri. Semuanya ini memudahklan syaitan memainkan peranannya dalam menambahkan bilangan penduduk neraka. Tidak kira apa yang dilakukan oleh seseorang itu, syaitan akan mencari jalan memesongkan hatinya supaya melakukan kejahatan. Ketika mereka menunaikan solat, tidur, makan, bermusafir, bekerja dan lain-lainnya maka selagi itulah syaitan akan mendekatinya. Jadi, bagaimanakah seseorang itu dapat menjauhkan dirinya dari godaan syaitan ini? Sedangkan syaitan tidak pernah lekang dari mendampingi manusia.
Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya
“Apabila seseorang berbaring di tempat tidurnya, maka malaikat dan syaitan berebut-rebut mempengaruhinya. Malaikat berkata, Akhirilah (kegiatanmu) dengan kebaikan” dan syaitan pula berkata “Akhirilah dengan keburukan”. Apabila orang tersebut mengingati Allah sehingga ia tertidur, maka malaikat menghalau syaitan dan dia secara bersendirian akan menjaganya sepanjang malam. Kemudian, ketika dia terbangun, maka direbutkan kembali oleh malaikat dan syaitan. Malaikat berkata. “Mulailah kegiatanmu dengan kebaikan” dan syaitan berkata, “Mulailah dengan kejahatan”. Jika orang tersebut mengucapkan, “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan diriku sesudah mati dan tidak mematikan ketika tidur. Segala puji bagi Allah yang memiliki kuasa untuk mencabut nyawa dan melepaskan yang lain sehingga waktu tertentu. segal puji bagi Allah yang memegang langit dan buni sehingga tidak terpelanting dan jika ia terpelanting, maka Dia memegangnyanya dan mengimbangkan atu sama lain. Segala puji bagi Allah yang memegang langit sehingga tidak jatuh menimpa bumi kecuali dengan izinNya”, maka malaikat menghalau syaitan dan dia sendiri akan mengawalnya sepanjang hari.”
No comments:
Post a Comment