Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, menagtur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk memimpin. ( Azhar, 2004)
Definisi Kecerdasan Emosi
Kebelakangan ini, kecerdasan emosi telah mendapat perhatian yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Ia kerana ia didapati penting dalam mengenalpasti dan menjangka prestasi individu di tempat kerja (Kiersted, 1999). Pelbagai definisi telah dibuat oelh ahli psikologi terhadap terma kecerdasan emosi.
Ahli psikologi yang terawal merungkai makna kecerdasan emosi secara spesifik ialah Mayer dan Salovey (1990). Menurut mereka, kecerdasan emosi merujuk kepada :
"Emotional intelligence is the ability to perceive, to access and generate emotions so as to assist thought, to understand emotions and emotional knowledge, and to relectively regulate emotions so as to promote emotional and intellectual growth". ( Mayer dan Salovey,1990)
Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan.
Neely (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi secara saintifik sebagai satu rangkaian kebolehan yang melibatkan dua proses berlaku serentak secara tidak langsung iaitu tindakbalas otak dan tindakbalas emosi, keupayaan dan kecekapan yang mempengaruhi kebolehan seseorang untuk menghadapi cabaran persekitaran. Jurnal Akademik 2005 7
Hein (2004) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai: "The mental ability we are born with which gives us our emotional sensitivity and our potential for emotional learning management skills which can help us maximize our long- term health, happiness and survival".
Konsep Kecerdasan Emosi
Kecerdasan emosi merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan emosi dalam kehidupan dan pekerjaan mereka seharian. Ia juga bagi membantu individu dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta berfungsi secara afektif. Kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan minda berfungsi secara semulajadi dalam keadaan-keadaan yang dipengaruhi oleh kognisi, perasaan dan emosi pada diri mereka.
Perubahan tingkah laku berlaku setelah emosi diransang di mana akal akan bertindak secara logik dan hasil yang diharapkan bergantung pada situasi. Sekiranya tingkah laku serta keputusan yang dibuat melibatkan elemen akal dan perasaan maka hasilnya boleh dijangka dan ianya lebih baik.
Menurut Mayer dan Salovey. (1993), kecerdasan emosi membolehkan kita berfikir dengan lebih kreatif dan memudahkan proses penyelesaian masalah. Mereka telah membahagikan kepntaran emosi seseorang individu kepada empat cabang kebolehan. Cabang yang pertama merujuk kepada Persepsi Emosi (Emotional Perception). Ia melibatkan kebolehan seperti mengenal pasti emosi melalui mimik muka, muzik, cerita atau sebagainya.
Cabang kedua merujuk kepada Memudahkan Perhatian Terhadap Emosi (Emotional Facilitating of Thought). Ia melibatkan kebolehan mengaitkan emosi dengan sensasi mental lain seperti rasa dan warna, dan menggunakan emosi dalam menaakul dan menyelesaikan masalah. Cabang ketiga pula merujuk kepada Memahami Emosi (Understanding Emotion), di mana ia melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah emosi seperti mengetahui emosi mana yang serupa atau bertentangan, dan mengenal pasti apakah perkaitan yang wujud antara emosi terbabit. Cabang keempat merujuk kepada Pengurusan Emosi (Emotional Management). Ia melibatkan pemahaman terhadap implikasi perbuatan sosial dalam emosi dan pengawalan emosi dalam diri orang lain.
No comments:
Post a Comment