Bergosip adalah sejenis komunikasi sosial yang popular dan menyeronokan. Oleh itu kita suka bergosip tentang diri orang lain, dan orang lain pun suka bergosip tentang diri kita. Bergosip sebenarnya lboleh mendatang kesan yang sangat buruk pada sesebuah organisasi, masyarakat, kumpulan dan sebagainya. Ia boleh menyebabkan kita bermusuhan semasa sendiri dan saling membenci.
Kajian daripada pakar-pakar psikologi berpendapat orang yang menyebarkan gosip mempunyai niat bawah sedar, supaya orang yang digosipkan akan berkonflik dan bermusuhan. Bergosip boleh menjadi mengumpat dalam tiga keadaan:
- Apabila bahan gosip itu ialah perkara yang sepatutnya kita rahsiakan: Dalam bercakap-cakap dengan orang lain, kita sendiri boleh tahu sama ada apa yang diperkatakan oleh orang itu adalah sesuatu yang dia tidak mahu dibocorkan kepada orang lain atau sebaliknya. Sebagai contoh, apabila dia bercakap tentang rasa bencinya terhadap seseorang, kita sendiri tahu dia tidak mahu kita membocorkan perasaannya itu. Kenyataan bahawa dia mahu bercakap hal itu kepada kita bermakna dia ada kepercayaan bahawa kita tidak akan membocorkan rahsia itu kepada sesiapa pun. Jadi, sekiranya kita pecahkan rahsia tersebut, bererti kita telah mengkhianati kepercayaannya. Perbuatan ini sangat tidak bermoral. Ia meninggalkan kesan yang amat buruk kepada semua yang terlibat.
- Apabila bahan gosip itu tidak benar, ia menjadi fitnah: Kita mungkin tahu perkara itu tidak benar, tetapi kita tetap menceritakannya kepada orang lain. Sebagai contoh kita mendengar satu cerita dari orang lain, namun kita tidak dapat membuktikan bahawa cerita tersebut adalah cerita benar.
- Apabila bahan gosip itu hasil dari pencerobohan rahsia peribadi orang lain (privasi orang lain): gosip jenis ini amat menyinggung perasaan orang yang digosip. Ia juga boleh meninggalkan kesan yang sangat negatif(buruk). Orang yang melakukan gosip ini selalunya memulakan dengan kata-kata “Dia kata....” atau “Dia fikir awak.....”
“Memaki orang Islam itu termasuk fasik (berdosa), sedangkan memeranginya adalah kufur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi saw bersabda lagi yang bermaksud:
“Mengutuk orang Mukmin itu seperti membunuhnya.” (Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment