Wednesday, January 12, 2011

Peranan Kerajaan Membantu Usahawan Bumiputera Melalui DEB

Isu keusahawanan telah berkembang di Malaysia selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Matlamat utama DEB adalah untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia supaya tiadak Keseimbangan eknomi dapat diperbetulkan. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah mengambil langkah positif untuk meningkatkan penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Mohd Anir Sharifuddin (1992) telah menyenaraikan beberapa langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut;
  1. Semua projek kerajaan diwajibkan mempunyai 30% daripada jumlah penyertaan untuk penglibatan Bumiputra
  2. Menubuh dan mengembangkan peranan-peranan agensi-agensi kerajaan seperti MARA, UDA, PERNAS, PDPN dan CGC
  3. Menghantar usahawan untuk menjalani latihan keusahawanan di dalam dan di luar negeri
  4. Menyusun semula kurikulum mata pelajaran Perdagangan di sekolah-sekolah dengan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam mata pelajaran tersebut mulai bulan Januari 1985
Berasaskan prinsip dan kepercayaan bahawa usahawan boleh dilahirkan melalui latihan atau program keusahawanan, kerajaan telah merangka berbagai-bagai program yang dapat meningkatkan kadar penyertaan kaum Bumiputra yang lain dalam bidang perdaganangan dan perindutrian (Ahmad Berek, 1976). Menurut Mat Hassan (1992), program yang dirancang sepanjang tempoh perlaksanaan DEB adalah seperti berikut;
  1. Memberi bantuan modal yang terdiri daripada bantuan kewangan, mesin, peralatan dan bengkel.
  2. Menyediakan kemudahan insfrastruktur seperti ruang niaga dan tapak kilang
  3. Menggalakkan penggunaan teknologi melalui penyelidikan teknologi baru, pameran dan kemudahan menggunakan mesin
  4. Menyediakan kemudahan pemasaran seperti kontrak kerajaan, pasaran terbuka, kontrak kecil dan eksport
  5. Menyediakan latihan seperti latihan prakeusahawanan, latihan pengurusan dan latihan kemahiran perniagaan
  6. Mengembangkan perusahaan tertentu yang terdiri daripada kilang-kilang terpilih
  7. Membantu usahawan menentukan projek yang harus dipilih dengan menyediakan buku panduan, melakukan kajian keluaran dan kajian pasaran

No comments:

Post a Comment