Monday, January 3, 2011

Cara Mengajar Yang Efektif

Teknik mengajar adalah teknik yang kompleks dan kerana pelajar itu bervariasi, maka tidak ada teknik yang tunggal untuk mengajar dengan efektif untuk semua teknik. Guru harus menguasai pelbagai perspektif dan strategi, dan juga harus mampu mengaplikasikannya secara lebih fleksibel. Ada dua perkara yang diperlukankan untuk memasti pengajarannya lebih efektif iaitu:
  1. Pengetahuan dan keahlian profesional;
  2. komitmen dan motivasi.
Pengetahuan dan keahlian professional

Guru yang efektif perlu menguasai (masteri) dan kompeten untuk mengajar dengan baik. Guru tersebut juga perlu memiliki strategi pengajaran yang baik dan disokongg oleh objektif, rancangan pengajaran, dan pengurusan kelas. Mereka tahu bagaimana memotivasi dan berkomunikasi secara efektif dengan pelajar yang pelbagai latar belakang. Mereka juga mengetahui cara menggunakan teknologi terkini yang boleh membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Berikut adalah beberapa kriteria yang dibincangkan di atas.
  • Penguasaan mata pelajaran: Guru yang efektif harus berpengetahuan, fleksibel, dan memahami (masteri) isi kandungan pelajaran. Guru juga perlu mempunyai teknik berfikir yang kreatif dan mahir mengaitkan mata pelajaran yang diajar dengan situasi di luar kelas.
  • Strategi Pengajaran: Bagi memastikan pelajar dapat dikuasai oleh pelajar ketika guru melaksanakan pengajaran. Guru haruslah pandai memilih beberapa strategi yang dapat mempengaruhi pelajar mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Antara teknik pengajaran yang popular masa kini teknik yang menggunakan prinsip konstruktif, iaitu melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas.
  • Penetapan objektif pengajaran: Guru yang efektif tidak sekadar mengajar di kelas. Mereka juga harus menentukan tujuan pembelajaran dan menyusun rancangan pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran.
  • Pengurusan kelas: Aspek penting lainnya untuk menjadi guru yang efektif adalah mampu menjaga kelas tetap aktif bersama dan mengorientasikan kelas ke tugas-tugas. Guru yang efektif dapat mempertahankan lingkungan belajar yang kondusif
  • Keahlian motivasional: Guru yang efektif mempunyai strategi yang baik untuk memotivasi pelajar agar mereka suka belajar. Guru yang efektif tahu bahwa pelajar akan bermotivasi sekiranya mereka mampu memilih sesuatu yang sesuai dengan minatnya. Guru yang baik akan memberi kesempatan murid untuk berpikir kreatif dan mendalam untuk projek mereka sendiri.
  • Berkomunikasi: Perkara ini amat diperlukan untuk mengajar ialah apabila guru dapat berbicara, mendengar, menguasai komunikasi verbal, memahami komunikasi non verbal dari pelajar, serta mampu memecahkan konflik secara konstruktif.
  • Bekerja secara efektif dengan pelajar yang pelbagai latar belakang pelajar: Guru yang efektif harus mengetahui dan memahami pelajar dengan latar belakang yang berbeza-beza, dan sensitif terhadap keperluan mereka. Mendorong pelajar antara satu sama lain untuk berhubungan positif.
  • Keahlian teknologi: Guru yang efektif tahu cara menggunakan teknologi multimedia terkini. Tetapi perlu diingatkan tidak semua multimedia dapat meningkatkan kemampuan belajar pelajar. Guru perlu pandai memilih kesesuaian teknologi multimedia digunakan dengan mata pelajaran yang diajar dalam sesi pengajaran semasa itu.

No comments:

Post a Comment