Thursday, January 20, 2011

Ummu Hubaib Binti Al-Ash Pahlawan Perang Yarmuk


Ummu Hubaib seorang pejuang wanita yang agung. Ia mengikuti perang Yarmuk. Ia juga membakar semangat kaum lelaki untuk berperang.

Ketika segolongan tentera Rom menyerang Amr bin Ash, dia dapat melepaskan diri bersama sahabat-sahabatnya hingga masuk ke garis hadapan untuk melakukan serangan. Lalu kaum wanita turun dari bukit dengan membawa tongkat untuk memuku wajah orang-orang lelaki.

Pada waktu itu Ummu Hubaib memimpin mereka dan berkata, “mudah-mudahan Allah menjadikan buruk orang yang lari dari isterinya. Mudah-mudahan Allah menjadikan buruk orang yang berlari meninggalkan anak perempuannya.”

Demikianlah kebesaran peribadi Ummu Hubaib, yang mencela kaum lelaki yang takut berperang kerana sayangkan isteri dan anak. Wanita perkasa ini telah membuktikan keberaniannya dengan menyertai peperangan Yarmuk.

No comments:

Post a Comment