Proses pembaharuan kendiri mesti merangkumi pembaharuan yang seimbang dalam keempat-empat dimensi sifat kita: fizikal, rohani, mental dan sosial/emosi
Sungguhpun pembaharuan dalam setiap dimensi itu penting, ia hanya berkesan secara optimum jika kita menghadapi kesemua empat dimensi itu dalam cara yang bijak dan seimbang.
Dalam sebuah organisasi, dimensi fizikal dinyatakan dalam sebuah ekonomi. Dimensi mental atau psikologi berkenaan dengan pengiktirafan, perkembangan dan penggunaan bakat. Dimensi sosial-emosi berkenaan dengan mencari makna melalui tujuan atau sumbangan dan melalui integriti organisasi.
Apabila sesuatu organisasi mengabaikan mana-mana bidang ini, seluruh organisasi terkena impak negatif. Tenaga kreatif yang dapat menghasilkan sinergi yang positif dan banyak dialih kepada penentangan organisasi dan menjadi daya yang menghalangkan pertumbuhan produktiviti.
Kita pernah melihat organisasi yang hanya mementingkan hal ekonomi (keuntungan) sahaja. Organisasi seperti ini tidak menghebahkan tujuan tersebut. Mereka mungkin menghebahkan perkara lain. Tetapi dalam fikiran mereka, keinginan tunggal ialah untuk mencari keuntungan.
Setiap kali kita memperhatikan organisasi seperti itu, kita akan jumpa banyak sinergi negatif dalam budaya organisasi tersebut, menjana persaingan antara jabatan, komunikasi defensif, dan melindungi, berpolitik dan hasut menghasut. Kita tidak dapat maju dengan berkesan tanpa mencari keuntungan, tetapi langsung itu tidak mengcukupi untuk mewujudkan organisasi. Kita tidak dapat hidup tanpa makan, tetapi kita tidak hidup untuk makan.
Di hujung spektrum yang lain, kita pernah melihat organisasi yang berfokus kepada dimensi sosial/emosi. Organisasi ini merupakan eksperimen sosial dan mereka tiada kriteria ekonomi dalam sistem nilai. Mereka tiada pengukuran tentang keberkesanan, dan akibatnya, mereka hilang semua jenis keberkesanan dan akhirnya, kegunaan dalam pasaran.
Kita juga pernah melihat organisasi yang telah menggubal setakat tiga dari dimensi tersebut, meraka mungkin mempunyai kriteria ekonomi yang baik, dan kriteria perhubungan manusia yang baik, tetapi mereka tidak mempunyai komitmen sebenar terhadap pengenalpastian, perkembangan, penggunaan, dan Pengenalan bakat semua orang. Dan jika daya psikologi tiada, maka gaya atau autokrasi baik hati dan budaya yang dihasilkan akan mencerminkan pelbagai bentuk rintangan bersama, penentangan, dan masalah budaya lain yang besar dan kronik.
Keberkesanan organisasi dan individu memerlukan perkembangan dan pembaharuan kesemua empat dimensi dalam cara yang bijak dan seimbang. Sebarang dimensi yang diabaikan akan membina rintangan kuasa luar negatif yang menolak keberkesanan dan pertumbuhan. Organisasi dan individu yang memberi pengiktirafan kepada setiap empat dimensi dan penyataan misi mereka membekalkan rangka pembaharuan seimbang yang hebat
No comments:
Post a Comment