Friday, January 28, 2011

Sejarah Taiping



Mengikut sejarah, bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sg. Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Apabila British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen British. Residen British Pertama di Perak adalah J.W.W. Birch pula mendiami Pasir Salak yang ketika itu dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran British. Apabila peristiwa berdarah berlaku di Pasir Salak yang menyaksikan J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu Perak yang diketuai oleh Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela pada 2 November 1875, pihak British telah memindahkan pentadbiran Negeri Perak ke Bandar Taiping pada 1880-an.

Asalnya, British bertumpu ke sini kerana kekayaan lombong bijih timahnya, yang dijumpai pada 1840-an oleh seorang pemuda tempatan bernama Long Ja'afar ketika sibuk mandi jeram di Larut, Perak. Dia kemudian membawa masuk sekumpulan pelombong Cina dari Pulau Pinang untuk membantu kerja melombong di Klian Pauh. Kumpulan ini adalah ahli kepada Hai San, 'kumpulan rahsia' Cina dari Pulau Pinang dan diketuai Chung Keng Kooi. Tidak lama kemudian, sekumpulan pelombong lain dikenali sebagai Ghee Hin berhijrah ke kawasan berdekatan dikenali sebagai Klian Baru. Asalnya, longgokan bijih timah dijumpai di kolam lumpur bekas tapak kaki gajah. Pada 1861, pergaduhan tercetus antara pelombong di Klian Pauh dan Klian Baru berikutan kawalan terhadap kawasan lombong. Ngah Ibrahim, yang menggantikan bapanya, Long Ja'afar pada 1857, melantik Kapten Speedy dan askar India untuk mematahkan beberapa siri peperangan dalam Perang Larut. Hanya apabila fasa sejarah ini selesai, Taiping yang bermakna 'ketenangan abadi' dalam Bahasa Cina, mula diduduki oleh Hai San. Satu lagi bandar baru, Kamunting muncul

Bandar Taiping

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2000, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 199,330 orang

Sejarah

  • 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
  • 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.
  • 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.
  • 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.
Lokasi

View Larger MapTaiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur.

Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.

Muka bumi

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.



Sumber: http://yasis88.angelfire.com/

No comments:

Post a Comment