Friday, March 26, 2010
Khasiat Habbatussauda dan madu lebah
Habbatussauda' dapat meningkatkan jumlah sel-sel T yang baik untuk
meningkatkan sel-sel pembunuh alami. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari Universiti Munich, dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan/" dan dapat digunakan bioregulator. Dengan demikian, Habbatussauda' dapat dijadikan ubat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh, seperti kanser dan AIDS.
Dengan kandungan omega 6 dan omega 3, Habbatussauda merupakan nutrisi terbaik bagi sel otak untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan. Habbatussauda' juga memperbaiki mikro (peredaran darah) ke otak dan sangat sesuai diberikan kepada anak di usia pertumbuhan.Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang masuk dalam peredaran darah Racun dapat menganggu metabolisme dan menurunkan fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh (ubat) bagi setiap penyakit kecuali maut", (H/R: Bukhari).
Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi'ad fi Huda Khayri al Ibad": Jika Habbatus Sawda' dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu.
The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).
Dr. Micheal Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatus Sawda' mengandungi METASITOSTEROL. Ia adalah bahan ANTIKANSER yang sangat berkesan.
Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).
Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5 dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.
Labels:
Herba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment