Tuesday, March 23, 2010

Penilaian Item Pentaksiran


MENGAMALKAN PROSES PENGHAKIMAN YANG TIDAK ADIL ADALAH SATU KEZALIMAN YANG NYATA

Apa itu item?

Item adalah perkara atau alat yang digunakan untuk mendapat evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk serta cara memberi skornya.

Apa itu penilaian item?

Proses membuat pengadilan/pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina, berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang baik.

Apakah hasil dari proses penilaian item?

Membuat keputusan sama ada item tersebut diterima atau ditolak atau dlam perhatian (KIV)

Siapa yang akan menilai item?

Pembina, Pengubal,. Guru....

Bila menilai item?

Sebelum dicetak dan sebelum peperiksaan

Mengapa kita menilai item?

Memastikan item yang mempunyai ciri-ciri berikut (item yang baik);
- keakuran
- ketepatan dan kejelasan
- kesesuaian

Keakuran

Keakuran dilihat dari tiga aspek;
Akur Kurikulum; Perkara yang ditaksir (konstruk) dan di mana pentaksiran itu dilakukan (tajuk/konteks) mestilah merupakan sebahagian daripada kurikulum. Aspek ini sangat penting sebab sekiranya perkara yang ditaksir itu di luar kurikulum maka kesahan kurikulum bagi item itu boleh dipertikaikan.
Akur Spesifikasi; Sfesifikasi diwujudkan untuk mengawal ujian dari segi idea dan kandungan. Adalah amat penting untuk seseorang atau kumpulan mengawal kandungan ujian supaya terdapat tingkatan pencapaian yang sama.
Akur Peluang; Pelajar mestilah diberi peluang mencukupi dalam mempelajari perkara yang ditaksir. Peluang boleh dirujuk kelengkapan, guru, kepakaran guru dalam menyampai ilmu yang ditaksir kepada pelajar.

Ketepatan dan Kejelasan

Ia merangkumi tepat dengan konstruk, tepat dengan tajuk/konteks dan jelas bahasa.
Tepat konstruk; Tugasan dalam item mesti mampu menghadiri evidens yang boleh digunakan untuk mentaksir konstruk yang diharapkan.
Tepat tajuk/konteks; Tajuk atau konteks merupakan tempat di mana pentaksiran sesuatu konstruk itu dilaksanakan. Oleh itu adalah amat penting untuk mempastikan pelajar familiar dengan perkara, idea yang diketengahkan. Jika tidak mereka mungkin tidak dapat memberi respons yang memuaskan bukan kerana konstruk tetapi kerana konteks yang asing bagi mereka.
Jelas (Tepat bahasa); pastikan susunan perkataan dan ayat atau gambarajah memberi isyarat yang jelas tentang apa yang harus dilakuakan oleh pelajar serta bagaimana harus perlakuan dipersembahkan. Adakah item yang dibina itu mempunyai darjah komunikasi yang tinggi dari segi stimulus, tugasan dan arahan.

Ciri-ciri item yang baik
1. Sesuai dengan aras kesukaran
2. Sesuai dengan kepentingan
3. Sesuai dengan keadilan (tidak bias)

No comments:

Post a Comment