Menurut Kolb (1976) dan Mc Carthy (1980), pelajar mempunyai empat stail (kuadaran) pembelajaran yang utama iaitu
feeling, watching, thingking dan
doing. Kebanyakan individu mempunyai keupayaan untuk menggunakan kesemua cara pembelajaran ini, tetapi Kebiasaannya seseorang itu menunjukkan satu cara yang domain untuk dirinya. Namun dalam sistem pendidikan tradisional lebih sesuai untuk pelajar kuadran doing. Pembelajaran kontekstual memenuhi keperluan pelajar dalam semua stail pembelajaran. Berikut ada lima mod pembelajaran kontekstual yang menyokong stail pembelajaran yang pelbagai;
- RELATING: learning in the context of life experiences
- TRANSFERING: learning in the contex of existing knowledge, using and building on what student already know.
- APPLYING: learning in the context of knowledge and how information can be used.
- EXPERIENCING: learning in the context of exploration, discovery, and invention.
- COOPERATION: learninig in the context of sharing with, responding to and communicating with other.
Jika guru mengajar geometri tentang Teorem Phytagoras dengan pendekatan kontekstual, pelajar akan kelihatan bergerak dalam satu kelas secara kumpulan membuat ukuran bahagian-bahagian tertentu menggunakan pita dan sebagainya. Aktiviti hand-on ini melibatkan mod explorasi (
experiencing) dalam kumpulan. Lebih jauh lagi pelajar mungkin boleh mengaitkan dan memindahkan (
relate and transfer) teorem berkenaan dengan situasi di luar. Antara aktiviti yang boleh digunakan dalam pembelajaran kontekstual ialah;
- Pembelajaran secara hand-on; Ini merujuk kepada pembelajaran secara aktif (active learning) selain dari aktiviti pensil dan kertas. Aktiviti hand-on mungkin melibatkan peralatan, penggunaan bahan, aktiviti penyenggaraan mesin dan sebagainya.
- Pendekatan berasaskan projek; Ini melibatkan aktiviti yang memerlukan beberapa langkah tertentu serta jangka masa yang lebih panjang dan kerjasama kumpulan. Pelajar perlu membuat perancangan aktiviti, membuat penyelidikan, menyelesaikan masalah, mengumpul serta menganalisa maklumat.
- Perkaitan kontekstual; Kaitan di antara konsep akademik dengan konteks di mana digunakan terutama dalam alam pekerjaan.
- Aplikasi; Pelajar mengaplikasi sesuatu konsep seperti menjalankan ujian kualiti air, mereka bentuk dan sebagainya. Krieteria atau format persembahan yang digunakan mestilah sama seperti seperti yang digunakan industri.
No comments:
Post a Comment