Friday, March 26, 2010

Ibubapa dan kecerdasan EQ


Konsep rumahku syurgaku dan sekolah yang penyayang amat penting untuk meningkatkan kecerdasan EQ anak-anak. "Melentur buluh biarlah dari rebung" hendaklah dijadikan pedoman oleh Ibubapa dan guru-guru. Semakin awal diberikan kemahiran EQ kepada anak-anak sebaik dan berkesan. Kanak-kanak yang diberikan kemahiran emosi kelihatan gembira, lebih yakin diri dan lebih berjaya di sekolah. Kemahiran EQ memerlukan latihan dan malan supaya menjadi tabiat dan kebiasaan kepada anak-anak.

Kehidupan dalam keluarga adalah sebagai sekolah awal untuk mempelajari emosi. Perkara-perkara seperti bagaimana anak-anak merasa tentang diri mereka, bagaimana orang lain memberi respon kepada aksi mereka, bagaimana mereka memikirkan perasaan itu, apakah pilihan-pilihan yang perlu dibuat, bagaimana mengeluarkan perasaan untuk mengharap sesuatu dan menghindari ketakutan, stress dan sebagainya.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Robert Post, ketua Biological Psychiatry, mendapati stes, deraan dan dadah boleh menimbulkan sel Lembaga atau "gene" yang dipanggil "C-fos" ini akan mengempil sel otak DNA, dan merosakkan sel sesaraf dan rangkaian otak. Lembaga C-fos ini boleh menyebabkan "short-circuit" dalam rangkaian otak dan jiwa kanak-kanak akan tertekan yang boleh menyebabkan masalah mental.

Walau bagaimanapun, Ibubapa yang bersikap sederhana, tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu lembut dan sentiasa mencari peluang membimbing anak-anak mereka memahami perasaan dan emosinya. Ibubapa seperti ini memiliki kecerdasan EQ yang tinggi. Dari segi mendidik anak-anak mereka cuba memahami apa yang dirasakan oleh anak-anaknya. Mereka membantunya dengan cara positif bagi mereda perasaan jika anak-anak mereka dalam keadaan emosi. Mereka membimbing anak-anaknya untuk memahami konsep penghargaan diri, motivasi kendiri, penglahiran hasrat diri dan keyakinan diri. Mereka membimbing anak-anaknya untuk menguasai kemahiran spesifik seperti kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah, kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta komunikasi berkesan. Mereka membantu anak-anaknya supaya tahu mengawal fungsi otak dan cara mengubah biokimia emosi.

Dari aspek keagamaan pula, Ibubapa ini menekankan nilai islam dan akhlak mulia. Pengkajian akhlak dalam al-Quran mendapat perhatian istimewa untuk diamalkan. Antara ayat-ayat suci yang mengandungi keterangan akhlak termasuklah terjemahan ayat al-Quran di bawah seprti berikut:-

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar memiliki akhlak yang besar" (68:4)

"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara syaitan" (17:27)

Dalam islam, pendidikan akhlak merangkumi nilai-nilai meurni seperti moral, etika , adab, tingkahlaku, perangai, sifat-sifat luaran dan dalaman. Untuk ketahanan diri, Ibubapa ini menekankan ilmu tauhid kepada anak-anak mereka. Tanpa tauhid, ibadah dan akhlak mulia anak-anak tidaklah lengkap. Ibubapa ini juga mendidik anak-anak mereka melalui cerita-cerita yang boleh dijadikan contoh atau model kehidupan.

Banyak kajian telah menunjukkan bagaimana Ibubapa mendidik anak-anaknya boleh memberikan kesan yang dalam dan kekal dalam emosi kehidupan anak-anak. Dengan menyedari hakikat ini Ibubapa perlu memiliki kemahiran EQ yang tinggi dahulu supay boleh memberikan pendidikan emosi yang berkesan kepada anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers