Thursday, March 25, 2010

Kompetensi Untuk Menjadi Guru Berkesan

Guru yang berkesan ialah guru yang sentiasa ingin membangunkan profesionalismen profesyen keguruannya. Untuk membangunkan profesionalisme guru ada empat domain yang perlu dititik berat oleh seseorang guru, iaitu; pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Empat domain ini merupakan ciri-ciri sama ada guru tersebut kompeten atau tidak sebagai guru yang berkesan.

 
Pembangunan profesionalisme yakni mepertingkatkan keberkesanan guru dengan melibatkankeempat-empat domain tersebut , memerlukan usaha dan komitmen yang berterusan.

Semasa memperbaiki keempat-empat domain, guru mestilah membangunkan beberapa perkara seperti berikut:
  • Pengetahuan umum pedagogi: yang terkandung di dalamnya strategi pengajaran, pengurusan kelas, pengetahuan tentang murid dan pembelajaran (learning)
  • Pengetahuan isi kandungan (subject matter): pengetahuan tentang isi kandungan sesuatu bidang yang hendak diajar.
  • Pengetahuan isi kandungan khusus pedagogi: kaedah mengajar sesuatu mata pelajaran, kurikulum dan bahan kuikulum.
  • Pengetahuan tentang pelajar dan konteks pelajar, famili serta sekolah.
  • Pengetahuan antara teori dan praktis.
  • Pengetahuan tentang strategi, teknik dan instrumen untuk mengekalkan suasana pembelajaran.
  • Pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk berinteraksi dengan pelajar dari pelbagai budaya dan agama.
  • Pembangunan dan kemahiran menggunakan taknologi dalam pengajaran dengan berkesan.

Kejayaan menjadi guru yang berkesan memberi impak yang ketara terhadap tugas guru, di dalam dan di luar bilik darjah. Guru yang berkesan akan berubah pandangan dan tingkahlaku kepada lebih baik terhadap praktis pengajaran. Seterusnya akan memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar. Guru yang berkesan mengubah pengajaran untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran pelajar.

No comments:

Post a Comment