- Mayer (1977); melibatkan pengolahan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
- Fraenkel (1980); merupakan pembentukan idea, pembentukan semula Pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
- Bayer; kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
Berdasarkan beberapa takrifan ini, proses berfikir boleh dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002)
Apabila kita menghadapi masalah atau perlu membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara, secara automatik kita akan bertanya diri kita perkara-perkara berikut:
- Apakah perkara itu?
- Bila ianya terjadi, atau bila perlu dilakukan?
- Siapa yang terlibat?
- Kenapa ianya terjadi?
- Di mana ianya terjadi?
- Bagaimana hendak dilakukan?
- Pemikiran strategik
- Pemikiran kritis
- Pemikiran konstruktif
Pemikiran kritis dan konstruktif adalah bersifat mikro. Ianya perlu diterjemahkan dalam bentuk lebih spesifik dan bersifat mikro iaitu; mencirikan, membandingkan, mensistesis, menilai dan sebagainaya.
Satu kaedah lain yang sering digunakan untuk membicarakan tentang kemahiran berfikir makro dan mikro ialah Taksonomi Bloom. Secara ringkasnya taksonomi ini membahagikan hieraki kemahiran berfikir makro sebagai pengetahuan, kefahaman, Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Analisis, sistesis dan penilaian merupakan tahap pemikiran yang tinggi.
Kemahiran Berfikir
Orang yang kritis selalu digambarkan sebagai seorang yang suka mengkritik; mencari kelemahan, menyalah orang lain dan sebagainya. Ini adalah tidak benar kerana seorang yang kritis tidak mempunyai sifat sedemikian.
Individu yang kritis menyoal untuk mempertingkatkan kefahaman, bukan untuk mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Mereka yang berfikir secara mendalam serta memberikan pertimbangan yang serius terhadap sesuatu perkara atau masalah.
Seorang yang kritis Menganalisis maklumat, fakta, pernyataan dengan berhati-hati sebelum membuat sintesis dalam bentuk cadangan, saranan atau kesimpulan. Ia juga menilai sesuatu maklumat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu bukannya melalui rasa hati.
Menurut Philip (1997), seorang pelajar yang mempunyai pemikiran tahap tinggi tidak hanya mahir menilai maklumat tetapi juga seorang yang;
- Berfikiran rasional yang mampu menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan
- Terbuka mindanya, dimana sanggup mendengar dan meneliti pandangan dan idea orang lain. Dia akan menangguh pengadilan sehingga segala maklumat diperlukan lengkap.
- Mengutamakan objektiviti sesuatu tugas dan tidak emosional.
- Sentiasa menjana idea untuk mencari alternative.
- Sensitif terhadap perasaan orang lain dan tidak hanya mementingkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment