Dengan itu kita boleh gunakan lima jari tangan kita sebagai panduan untuk membina kecermerlangan diri kita. Kelima-lima jari ini mempunyai sifat yang berbeza dan mempunyai peranan yang berbeza. Akan tetapi kelima-lima jari di tangan kita ini menggambar bagaimana ia dapat membantu kita mencapai kecermerlangan.
Jari Ibu: Jari ini mempunyai kekuatan melebihi dari jari-jari lain. Keberkesan genggaman tangan bergantung kepada jari ibu. Tanpa ibu jari, tangan tidak berguna. setiap kali kita memegang alat-alat, pensel atau benda-banda lain, jari ibu memainkan peranan yang amat penting. Jari ibu adalah simbol keazaman. Tanpa keazaman segala-galanya sukar berhasil. Keazaman adalah satu tabiat yang perlu dipupuk dan perlu dipraktikan. Jari ibu sentiasa mengingatkan kita betapa perlu keazaman yang tinggi, sekiranya ingat mengapai sesuatu hasrat. Keazaman memerlukan tiga perkara;
- Kawalan. Kita perlu mengawal setiap tindakan kita dan tahu apa yang kita inginkan.
- Keyakinan: Kita perlu yakin dengan keazaman kita
- Displin: Displin ini akan membentuk kita menjadi orang sabar, gigih dan membantu penumpuan kita.
Jari Tengah: Sekiranya kita meneliti jari ini, didapati jari ini yang paling tinggi sekali dari pada jari-jari lain. Hormat dilambangkan untuk jari ini. Ini adalah sebagai ingatan bahawa rasa hormat kepada orang lain merupakan aspek yang paling penting dalam kehidupan. Kita mesti menghormati hak keperibadian orang lain. Tidak ada definisi yang lebih baik dalam suatu tamadun selain menghormati orang lain. Hormat adalah lebih prktikal daripada cinta dan berkasih pada seseorang. Hormat ialah melayan orang lain sebagai manusia yang mempunyai maruah dan harga diri. Hormat ialah melayan orang lain sebagaimana kita mahu orang lain melayan kita. Cara kita melahirkan rasa hormat adalah senjata yang paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mempengaruhi orang lain. Hormat boleh berlaku tiga peringkat:
- Hormat adalah perlindungan bagi hak asasi setiap individu.
- Menghormati orang lain adalah prinsip utama dalam sesebuah tamadun dan mengingatkan kita bahawa akhirnya menghormati sesama manusia yang paling penting.
- Hormat adalah cara kita menunjukkan kepada orang lain, nilai mereka dalam masyarakat. Menghormati atau hormat adalah satu anugerah dan pengiktirafan kita terhadap sumbangan mereka.
Jari Kelingking: Sumbangan adalah asas membina kecermerlangan diri. Sumbangan satu tabiat yang boleh dipaksa, ia memerlukan keiklasan. Lebih tinggi nilai keiklasan, lebih tinggilah nilai sumbangan. Persoalannya sekiranya sumbangan itu penting mengapa ia diwakili oleh jari yang paling kecil. Sebenarnya ia untuk memberitahu kita bahawa, kita boleh menyumbang walaupun sumbang itu kecil. Sumbang kecil kalau dihimpun ia boleh menjadi besar juga. Prinsip asas memberi sumbangan diwakili jari kelingking untuk mengingatkan kita walaupun kecil, ia tetap sumbangan.
Pencapaian kecermerlangan dalam hidup sebenar baoleh dijadikan sebagai satu kerjaya diri. Merancang untuk melakukan sesuatu dan kemudian melakukannya, boleh menghasilkan satu kejayaan dalam hidup. Lima jari pada tangan melambangkan lima prinsip asas mencapai kecermerlangan. jari ibu untuk keazaman yang kuat, jari telunjuk untuk menggambarkan ilmu pengetahuan sebagai petunjuk arah tujuan, jari tengah untuk rasa hormat, jari manis untuk keimanan dan akahir sekali jari kelingking mengingatkan kita bahawa walaupun sumbangan adalah kecil tetapi ia lebih baik daripada sering membuat kriktikan.
No comments:
Post a Comment