Sunday, March 7, 2010

KeNapa KiTa Perlu PuJi AnaK ????

Sesiapapun suka dipuji, tetapi ibu bapa sering lupa bahawa anak kecil juga ingin dan seronok dipuji. Pujian , kasih sayang dan perhatian ibu bapa kepada si manja adalah satu bentuk komunikasi melalui body language, pandangan mata serta perkataan.

Pakar psikologi mengatakan perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anda sebagai ibu bapa akan memberikan kesan positif kepada perkembangan jiwa anak anda.

Mereka akan membesar menjadi anak yang percaya pada diri sendiri dan tidak mudah kalah dalam menghadapi sebarang Cabaran dalam kehidupan ketika meniti hari-hari menuju
dewasa.

Pujian adalah salah satu cara anda menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak anda. Antara tips-tips ketika memberi pujian kepada anak-anak kita :

1. Renung mata anak kita semasa memberi pujian

2. Sebut nama penuhnya dengan Penuh perhatian

Contohnya; ‘mama bangga, Nur Qistina , Nur Yasmin pandai berus gigi sendiri. Tengok gigi cantik, bersih dan putih’

Contohnya;’wah! Nur Yasmin , Nur Qistina tolong mama angkat beg. Mama sayang kamu berdua’

3. Cuba Elakkan dari bercakap dengan nada memuji di awal percakapan kemudian ditambah kritikan di akhir kata

Contohnya; ‘wah! Bilik anak mama hari ini kemas, selalunya macam kapal pecah’

Contohnya; ‘Baiknya Luqman, bagi pinjam mainan pada kawan, jangan nakal seperti semalam’

Mungkin anda sukar mencari masa yang sesuai untuk memuji anak. Tetapi berusahalah dan mulakan dengan memberi pujian perkara-perkara yang kecil. Tanpa pujian daripada ibu bapa seorang anak akan mencari cara negative untuk mendapatkan perhatian anda. Anda tidak perlu bimbang memberi pujian. Si kecil anda tidak akan menjadi manja atau besar kepala kerana anda sering memujinya.

No comments:

Post a Comment