Monday, March 8, 2010

Ciri-ciri Pentaksiran Kompetensi


Pentaksiran kompetensi harus mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menjadikannya berkesan.

1. Fleksibel

Aspek fleksibel merujuk kepada waktu dan masa pentaksiran. Pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza. Jika diberi masa dan peluang, mereka berupaya mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Proses pentaksiran ini perlu kepada waktu pentaksiran yang fleksibel, yakni dilakukan apabila pelajar telah bersedia. Pendekatan ini disebut sebagai pentaksiran atas permintaan (assessment on demand)

2. Individual

Fokus pentaksiran ini ialah kemampuan individu dan bukan kumpulan. Ini boleh dilakukan kerana pelajar dan pentaksiran jelas tentang tahap perlu dicapai. Hasilnya skor pencapaian penguasaan peribadi boleh diberi tanpa membuat pembandingan dengan pelajar lain (skor yang berbentuk absolute, bukan relatif). Pendekatan ini merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar dan merujuk kriteria (criterion referenced). yang mana prestasi pelajar ditentukan berdasarkan kedudukannya dibandingkan dengan pelajar lain.

3. Mempertingkatkan Pembelajaran

Menerusi pentaksiran merujuk kriteria (criterion-referenced assessment) yang digunakan dalam pentaksiran kompetensi, prestasi pelajar ditentukan dengan membandingkan evidens yang diperolehi daripada pelajar dengan pernyataan kriteria. Ini berbeza dengan pentaksiran merujuk norma (norm-referenced assessment)

No comments:

Post a Comment