Konsep Kecerdasan Emosi (EQ)
Kecerdasan emosi, atau EQ ini tidaklah diukur berdasarkan bagaimana pintarnya seseorang individu tetapi lebih menekankan apakah ciri sahsiah yang dimilikinya. Banyak kajian telah menunjukkan kemahiran sosial dan emosi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang, berbanding kebolehan intelektual semata-mata.
Menurut kajian Abdul Fatah Hasan di dalam buku "Pemikiran Keseluruhan Otak", kecerdasan EQ yang tinggi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang.
Manakala mengikut Salovey dan Mayer, Ned Herrmann, EQ ialah kebolehan seseorang individu untuk :-
- kebolehan mengawas dan mengawal diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi
- kebolehan dalam pengurusan emosi ( dapat ketenangan jiwa dan tangani stres @ masalah dengan bijak)
- kebolehan meningkatkan motivasi diri sendiri
- kebolehan mengenal emosi orang lain (mempunyai asas 'people skill' oleh itu, mudah merasakan perasaan orang lain)
- kebolehan menjalinkan persaudaraan antara manusia ( dapat melahirkan kepimpinan yang berkesan)
perasaan cemas ketika dalam kemalangan
- perasaan cemas ketika menghadapi peperiksaan
- rasa kecewa bila gagal dalam sesuatu ujian
- rasa kecewa bila gagal dalam perkahwinan
Semakin awal didedahkan kemahiran EQ kepada anak-anak semakin baik dan berkesan. Kanak-kanak yang diberikan kemahiran emosi (EQ) akan kelihatan gembira, lebih yakin diri bergaul dan lebih berjaya di sekolah. Kemahiran EQ memerlukan latihan dan amalan supaya menjadi tabiat dan kebiasaan kepada anak-anak. Ada beberapa contoh gaya keibubapaan yang menggangu kecerdasan EQ kanak-kanak, iaitu:-
- Ibubapa tidak menghiraukan emosi anak-anak kerana beranggapan gangguan emosi anak-anak adalah perkara biasa. Mereka tidak mengambil sedikit masa atau peluang untuk membantu anak-anak mengatasi gangguan emosi.
- Ibubapa kadang-kala terlalu memberi kebebasan anak-anak kepada kegiatan-kegiatan sendiri tanpa kawalan. Contohnya, bermain 'game' komputer tanpa kawalan dan bergaul dengan kawan tanpa batasan.
- Ibubapa selalu merendahkan dan menghina perasaan anak-anak. Contohnya, ibubapa memberi kritikan, dendaan yang kejam hingga boleh menyebabkan anak-anak stres dan sakit jiwa yang tidak disedari.
- ibubapa perlu memahami apa yang sedang dirasakan oleh anak-anaknya dan bantu dengan cara positif bagi meredakan perasaan anak-anak tersebut
- ibubapa perlu bimbing anak-anak untuk memahami konsep penghargaan diri, motivasi kendiri, penglahiran hasrat diri dan keyakinan diri
- ibubapa bimbing anak-anak menyelesaikan masalah dengan cara yang berkesan
- ibubapa bimbing anak-anaknya nilai-nilai Islam dan akhlak yang mulia
- ibubapa bimbing anak-anaknya melalui kisah-kisah teladan yang boleh dijadikan model kehidupan contohnya; Kisah Pengderhakaan Si tanggang Terhadap Ibunya, Kisah Nabi Lud dan Pengderhakaan kaumnya Kepada Allah s.w.t,
kepentingan kecerdasan ekonomi apa?
ReplyDeletekepentingan kecerdasan intelek??
ReplyDelete