Sunday, March 28, 2010
7 Panduan Agar Anak Menjadi Tekun
Anak yang pintar tidak semestinya akan mengulangi setiap kejayaannya. Yang penting ialah ia mempunyai motivasi dan ketekunan yang kuat untuk belajar perkara-perkara baru dan terus bersaing. Tidak terlalu awal untuk kita memberi perhatian tentang perkara ini kerana anak kita perlu dilentur dengan cara positif agar dia tidak membesar sebagai anak yang pasif dan kurang bersemangat. Tidak cukup dengan hanya memfberi nutrient berkhasiat untuk mendapat anak yang pintar. Ketekunan amat penting untk memastikan anak kita boleh bersaing dengan rakan-rakan lain. Berikut adalah 7 panduan agar anak kita menjadi tekun.
Mencipta lingkungan kondusif: Motivasi untuk prestasi sesungguhnya bermula sejak awal kehidupan anak. Kita boleh membantu anak kit dengan menyediakan mainan dan lingkungan mendorong perkembangan diri. Kenali keterampilan anak kita dan sediakan alat mainan sesuai dengan perkembangan anak kita.
Berkata positif: Kajian menunjukkan bahawa anak adalah figure optimis dalam belajar. Sayang sekali, keadaan sekelilingnya sering membuat ia kecewa kerana Ibubapa menegahnya melakukan perkara itu dan ini. Anak boleh berlajar satu persatu dengan bersabar dan bersungguh-sungguh. Jika sekarang dia belum boleh menggunting kertas dengan baik, tetapi ia tetap bersemangat melakukannya. Hingga tanpa kita sedari ia berjaya melakukannya sendiri.
Memberi pujian: Pada akhir usia dua tahun, anak kita mulai mengenali peranan orang lain dalam membentuk motivasnya. Oleh itu, tindak balas kita terhadap keberhasilan dan kegagalannya dalam melakukan sesuatu amat mempengaruhi cara menguasai keterampilan baru. Namun, kita perle berpijak di bumi nyata. Apakah harapan kita sesuai usia dan tahap perkembangan anak? Yang penting beri pujian. Hargai keupayaan.
Ikut tahap: Peranan yang terlalu rumit membuat anak kita cepat kecewa. Ajaklah anak kita membahagi tugasnya dalam urutan tahap. Misalnya ketika belajar untuk mengemas alat mainan, lakukan bersama anak. Kemudian kepada kerja hari lain, ajak dia menyusun mainan mengikut kategori jenis atau fungsi dalam kotak berbeza.
Melihat halangan sebagai tentangan: Jika anak menghadapi halangan dan dia tidak boleh mengatasi dengan baik, mungkin dia marah dan kecewa. Tidak perlu risau. Umumnya kemarahan atau rasa kecewa anak mudah reda. Namun, hati-hati menghadapi anak yang berumur yang berusia 4-5 tahun. Ia sudah bertemu banyak orang dengan beragam reaksi. Anak yang berusia empat tahun boleh mengalahkan kita, jika menghadapai tentangan. Misalnya, jika blok yang disusun jatuh, dia akan marah dan enggan susun semula. Sebagaimana anda marah kerana dia terjatuhkan cawan. Bukankah ambil sahaja cawan itu, habis cerita. Tiada siapa yang hysteria. Jadi, jangan tunjukkan contoh yang tidak baik.
Membangunkan motivasi dalaman: Dunia si kecil penuh dengan kegembiraan dan penuh acara bermain. Doronglah minat anak untuk mempelajari sesuatu dengan kegembiraannya bermain. Jika anak tidak gemar dengan buku, carilah buku cerita bergambar. Misalnya cerita binatang. Suruhlah dia lakunkan semula watak tersebut bersama-sama kita. Jadi, dia akan dapa dua dalam satu iaitu bermain dan bercerita. Dengan method yang kreatif ini, motivasi dalaman anak akan wujud.
Kepimpinan melalui tauladan: Tidak ada cara yang lebih efektif untuk mengajarkan ketekunan pada anak selain memberikan teladan yang baik. Jika ibubapanya gemar membaca, maka anak pun akan meniru tabiat yang sama. Ciptakan iklim keluarga yang menyenangkan dan mengembangkan motivasi dalaman dan harga diri anda yang kuat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment