Saturday, March 20, 2010

Pembinaan Item MPAV

Pengenalan

Sebelum seseorang guru ingin membina item, guru perlu memahami maksud item dan instrumen. Item bermaksud alat yang digunakan untuk mendapat respons  yang merupakan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk (pekara yang ditaksir) serta pemberian skornya. Manakala instrumen pula merujuk kepada alat, kaedah, pendekatan atau mekanisma untuk mendapatkan maklumat (evidens tentang prestasi pelajar: skor, markah) dan seterusnya membuat penghakiman (proses pertimbangan) tentang produk (kompetensi yang diperolehi pelajar) sesuatu proses pendidikan.

Jenis-jenis Item
  1. Item Objektif: hanya satu bentuk jawapan sahaja yang boleh diterima sebagai respons bagi sesuatu item.
  2. Item Subjektif: Item yang memberi pilihandalam respons yang diberikan (ada lebih dari satu jawapan yang boleh diterima sebagai respons sesuatu item).
*Pentaksiran MPAV menggunakan item subjektif

Jenis-jenis Instrumen
  1. Berpusat
  2. Berasaskan sekolah
Item Subjektif

Terdapat tiga ciri item subjektif iaitu:
  1. Item berstruktur: Mengandungi satu siri tugasan item yang dikemukakan dengan keadaan, situasi serta kemahiran. Terdapat perkaitan antara setiap tugasan dengan stimulus dan antara setiap tugasan dengan item.
  2. Item respon terhad: Berkecenderungan menghadkan pelajar melalui skop yang disoal.
  3. Item respons terbuka: Bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan dari pelajar serta menyatu dan menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelabagai sumber pembelajaran.
Panduan Membina Item
  1. Kenal pasti jenis item
  2. Kenal pasti konstuk
  3. Kenal pasti konteks
  4. Kenal pasti aras kesukaran
  5. Kenal pasti klasifikasi item
  6. Akur kurikulum
  7. Akur peluang
  8. Akur spesifikasi
  9. Sesuai penting
  10. Sesuai adil
Piawai Penulis Item
  1. Tahu konstruk
  2. Tahu konteks
  3. Kreatif
  4. Mahir komunikasi verbal
  5. Mahir dalam Pengajaran

No comments:

Post a Comment