Tuesday, March 9, 2010

Student Performance Assessment

Kaedah pentaksiran formatif atau student performent assessment perlu digunakan dengan meluas oleh semua guru bagi membantu meningkat kualiti pengajaran.Setiap kali guru telah tamat pengajaran sesuatu sub-topik dalam mata pelajaran yang diajar, guru mentadbir kuiz atau ujian (formative assessment) untuk menguji kefahaman murid. Ini bermakna dalam sesuatu topik akan terdapat beberapa skor pelajar dalam topik berkenaan. Guru membuat analisa kelemahan murid untuk mendapat maklum balas aspek sub-topik yang belum dikuasai pelajar dan guru boleh mengubahsuai strategi pengajaran untuk subtopik berkenaan. Ini bermakna guru menggunakan data emperikal untuk membangunkan profesionalisme guru itu sendiri. Disamping itu juga guru boleh berbincang dengan murid untuk mengetahui aspek pembelajaran yang pelajar sukar fahami. Di kebanyakan sekolah, pencapaian murid melalui pentaksiran sumatif sahaja digunakan.

Sebagai keperluan, guru perlu mahir dalam pembinaan item untuk menyediakan pentaksiran formatif. Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang taksonomi pembelajaran dan tahap kognitif dan memilih jenis item juga merupakan aspek pembangunan profesionalisme guru.

No comments:

Post a Comment