Monday, March 8, 2010

Kafein Menjejaskan Fungsi Insulin

Menurut laporan daripada penyelidik di Kanada pengambilan kafein boleh menyebabkan insulin kurang berfungsi untuk mengurangkan tahap gula dalam darah. Kesan ini didapati berlaku ke atas semua orang tidak kiralah sama ada dia pesakit diabetes ataupun tidak. Paling penting untuk diketahui ialah masalah ini tidak boleh diatasi walaupun dengan selalu bersenam.

Lazimnya, apabila kadar gula dalam darah meningkat, insulin akan dirembeskan untuk menurun semula tahap gula tersebut. Penurunan fungsi insulin bermaksud penurunan sensitiviti insulin. Dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada diabetes.

Menurut kajian Dr. Robert dari Universiti Queens di Kington, Ontario, mengdapati senaman tidak mampu memperbaiki tahap kebersanan insulin jika pesakit mengambil minuman berkafien.

Info lain tentang kafaien

Menurut Susan Brown, seorang pakar pemakanan dan ketua projek Pendidikan Osteoporosis di Amerika Syarikat, minuman yang mengandungi kafaien boleh menghalang penyerapan mineral dan  kalsium dalam tubuh. Dengan mengambil minuman yang mengandungi kafien lebih empat cawan sehari bermakna anada telah menghabiskan mineral seperti magnesium, sodium dan klorida yang ada dalam badan dengan sia-sia. Keadaan  ini seterusnya akan mengurangkan kandungan kalsium pada tulang.

Kafein di dalam kopi cepat diserap tubuh seterusnya berupaya untuk merangsang sistem saraf pusat dan membuat kita tidak mengantuk. Pada masa yang sama, kafein turut meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah.

Sifat kafein yang diuretik boleh menyebabkan seseorang itu sering membuang air kecil seterusnya mengakibatkan vitamin B dan C yang ada dalam tubuh turut keluar bersama urin.

Kafein tidak hanya terdapat dalam kopi tetapi juga dalam teh, coklat dan minuman ringan.

Minum tiga cawan kopi sehari bermakna kita telah mengambil 200 mg kafein. Keadan ini setrusnya memungkinkan kita mengalami simptom-simptom stress.

1 comment: