Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi banyak makna yang berbeza-beza. Benard Urwick berpendapat bahawa kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu ketika dia mengetuai aktiviti kumpulan untuk mencapai objektif organisasi. Gelaran pemimpin merupakan status diperolehi daripada masyarakat, kelompok sosial ataupun dari rakan-rakan secara dipilih atau dilintik oleh ahli disekulilingnya.
Pemimpin dipilih berdasarkan banyak faktor. Antaranya faktor tingkah laku dan peribadi pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang unik. Dengan sifat-sifat kepimpinan yang menonjol, dirinya dengan mudah dapat dibezakan daripada khalayak ramai, khususnya dalam aspek kebolehan pencapaian, tanggungjawab, penglibatan, dan status.
Ada juga pemimpin dipilih kerana dia menjadi sumber ilham dalam kumpulan. Biasanya pemimpin jenis ini muncul pada masa-masa tertentu bagi menyelamat maruah pengikutnya. Pemimpin jenis ini amat disanjungi oelh pengikutnya.
Ciri-ciri Pemimpin Yang Berkesan
- Inisiatif: Pemimpin yang dapat mengeluarkan idea-idea baru yang boleh diterima orang yang dipimpinnya.
- Representatif: Pemimpin dapat bertindak sebagai wakil kumpulannya dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya dalam kumpulan.
- Keanggotaan: Pemimpin yang bergaul dan mewujudkan informal dengan kumpulannya. Dia merasakan dirinya adalah salah seorang anggota kumpulan.
- Komunikasi: Prmimpin dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh orang di bawahnya. Dia juga dapat menimbulkan isu-isu semasa tentang tugas ahli-ahlinya.
- Integrasi: Pemimpin dapat mengurangkan konflik di kalangan anggotanya dan dapat menyesuaikan individu di dalam kumpulan.
- Pencapaian: Pemimpin sentiasa merancang untuk meningkatkan pencapaian ahli-ahlinya.
- Kuasa: Pemimpin dapat menggunakan kuasa membuat keputusan terutama dalam membuat keputusan, bertindak, dan memberi pendapat.
- Pengagihan tugas: Pemimpin dapat bertindak menentukan tugas ahli-ahlinya dengan cara yang adil.
- Penghargaan: Pemimpin dapat memberi penghargaan dan teguran usaha yang dilakukan ahli-ahli dalam kumpulan.
No comments:
Post a Comment