Tuesday, March 9, 2010

ADHD Gangguan Daya Tumpuan Kanak-kanak.

ADHD atau Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan merupakan masalah biologi dan merujuk kepada gangguan kurang daya tumpuan. Biassanya kanak-kanak yang tergolong dalam masalah ini mudah terganggu setiap kali memberi perhatian terhadap sesuatu perkara. Kajian saintifik menunjukkan ketidakseimbangan sejenis bahan kimia iaitu neurotransmitter dalam otak menyebabkan sesetengah kanak-kanak mengalami ADHD.

Gejala ADHD

Terdapat tiga kategori merupakan antara tingkah laku yang biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak ADHD
1. Hiperaktif
2. Kurang daya tumpuan
3. Tingkah laku impulsif

Masalah akibat ADHD

1. Masalah sosial

Kanak-kanak ADHD sering menghadapi masalah tiada kawan. Ini kerana sikap agresif yang ditimbulkan membuatkan mereka disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya

2. Masalah akademik

Kebanyakan daripada mereka yang mengalami ADHD biasanya akan menghadapi masalah akademik apabila melangkah alam persekolahan nanti.

3. Masalah keluarga

Akibat dari keagresifan diri, anak-anak ADHD sering menimbulkan masalah di rumah. Kadangkala ada ibu bapa yang bertindak luar batasan kerana tidak tahan dengan kerenah anak mereka yang sukar dikawal.

Rawatan ADHD

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan. Namun demikian hanya pakar perubatan yang berpengalaman sahaja dapat merawat kanak-kanak tersebut. Antara ubat yang digunakan ialah stimulat iaitu methyphenidate Namun begitu, ubat ini tidak dapat membantu kanaka-kanak ADHD pulih sepenuhnya. Ubat yang digunakan ini akan membantu kanak-kanak tersebut tenang dan menumpu perhatian, kesan ubat ini akan hilang selepas tiga hingga empat jam.

Bolehkah kanak-kanak ADHD disembuhkan?

Setiap penyakit ada penawarnya. Walau bagaimanapun, dengan adanya ikhtiar yang berterusan ia dapat mengatasi masalah kanak-kanak tersebut. Bagi mereka yang mempunyai anak ADHD, sentiasalah membantu mereka dengan cara yang lebih baik. Salurkanlah tingkah laku hiperaktif melalui latihan fizikal dan senaman. Apa yang dirisaukan segelintir kanak-kanak ADHD telah menunjukkan gejala ADHD sehingga dewasa.

No comments:

Post a Comment