Ada beberapa sintom apabila kita menghadapi tekanan. Antaranya;
- Lebih kerap berpeluh, penafasan lebih laju dan dengupan jantung lebih kencang.
- Pening, sakit belakang, sakit leher dan perut meragam.
- Perubahan emosi mendadak (cepat merajuk, mudah marah, cepat penat, pelupa dan tidak ghairah).
- Sentiasa terburu-buru.
- Perasaan tertekan.
- Tidak berminat melakukan sebarang perkara.
- Sentiasa negatif.
- Sentiasa resah.
- Sukar tidur.
Lima Langkah Mudah Melegakan Tekanan
- Regangan - Berdiri tegak, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung sambil meregangkan kedua-dua tangan di atas kepala sambil berjingkit. Kemudian lepaskan nafas melalui mulut sambil menurunkan tangan ke sisi perlahan-lahan. Ulang langkah ini berkali-kali hingga lega.
- Ubah titik tumpuan - Hentikan semua tugas sementara, sebaliknya lakukan perkara mudah yang anda suka atau minumlah secawan kopi panas.
- Meditasi - Tutup mata dan pastikan anda menghayati gerakan pernafasan, seimbangkan dengan tumpuan minda dan cuba bayangkan suasana nyaman, tenang serta membahagiakan.
- Ketawa - Ia adalah percuma! Menonton cerita komidi, membaca komik atau bayangkan peristiwa-peristiwa lucu. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah teman bercerita perkara-perkara yang tidak masuk akal tetapi melucukan.
- Kekang diri daripada ketegangan - Senaraikan perkara-perkara yang menekan perasaan. Utama perkara-perkara paling berat hingga lebih ringan. Selesaikan perkara yang lebih utama dulu, jika masalah utama dapat diselesaikan, soalan lain menjadi lebih ringan atau tidak lagi membebankan fikiran.
No comments:
Post a Comment