Saturday, March 27, 2010

Gelombang Otak dan Aktiviti Harian


Menurut kajian Dr. Ornstein otak manusia berfungsi mengikut gelombang yang diukur dalam bentuk beta (β), alpha (α), theta (θ) dan delta (δ) seperti berikut;

Gelombang Beta: Gelombang ini bergetar antara 13-29 Hz sesaat. Anda dikatakan berada dalam gelombang beta semasa anda sedang menyelesaikan sesuatu masalah yang mencabar atau berfikir dengan penuh konsentrasi. Anda berada dalam keadaan beta apabila terlalu menumpukan perhatian kepada sesuatu, Misalnya memandu kereta di jalan raya yang penuh sesak dengan orang dan kereta. Kadang kala gelombang otak ini boleh meningkat ke suatu tahap yang lebih tinggi apa bila anda dalam keadaan meledak atau anxiety hingga boleh menyebabkan stress. Anda dikatakan berada dalam keadaan minda sedar (conscious mind) apabila otak anda diperingkat beta.

Gelombang Alpha: Gelombang ini bergetar antara 8-12 Hz sesaat. Anda dikatakan berada dalam keadaan gelombang alpha apabila anda dalam keadaan istirehat atau sedang melaksanakan tugasan yang tidak memerlukan penuh konsentrasi. Mengikut kajian Dr. Barbara Brown, gelombang alpha ini berfungsi sebagai proses penyembuhan kepada badan sepuluh peratus lebih cepat daripada gelombang beta. Banyak kerja yang produktif dan kreatif yang tidak boleh dihasilkan diperingkat beta boleh dihasilkan diperingkat alpha. Albert Einstien, Misalnya, boleh menyelesaikan banyak masalah matematik diperingkat alpha. Demikian juga ada banyak perkara dalam ingatan seseorang tidak dikeluarkan semula diperingkat beta tetapi senang dikeluarkan diperingkat alpha.

Gelombang alpha boleh berfungsi dengan berkesan untuk meningkatkan kesedaran dalaman. Seseorang akan merasa seronok berzikir dan kusyuk dalam solat apabila ia berada dalam keadaan alpha. Anda dikatakan berada dalam keadaan minda terpendam atau minda separuh sedar (subconscious mind) apabila otak anda berada diperingkat alpha.

Gelombang theta: Gelombang theta ini bergetar antara 4-7 Hz sesaat. Anda dikatakan berada dalam gelambang theta bila anda dalam keadaan separuh jaga dan sangat penuh istirehat seperti melakukan yoga. Anda dikatakan berada dalam keadaan minda terpendam apabila gelombang otak anda berfungsi diperingkat theta.

Gelombang delta: Gelombang otak ini bergetar antara 1-3 Hz sesaat. Gelombang ini selalu dikaitkan kepada seseorang yang tidur dengan nyenyak diperingkat minda terpendam.

No comments:

Post a Comment