Tuesday, March 23, 2010

Mengkaji Sikap Pembelajaran Pelajar


Penyelidik sosial telah mengkaji sikap semenjak tahun 1920an. Mereka mendifinasikan sikap sebagai a tendency , to evaluate dan an object (Eagly and Chaiken , 1993). Mereka juga mendapati sikap dan tingkahlaku pelajar terhadap pembelajaran dan kerja sekolah boleh diukur dengan kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kaitan yang kuat terhadap hubungan dengan guru. Alat ukur yang biasa digunakan untuk mengesan sikap adalah dengan menggunakan Survey of Study Habits and Attitudes (Brown Holtzman) dan ada juga menggunakan Minniesota Teacher Attitude Inventory (Walter W. Cook dan rakan). Alat ukur ini direka untuk mengukur sikap yang boleh meramalkan bagaimana hubungan individu terhadap pembelajaran dan pengajaran serta kepuasan diri terhadap kerja sekolah yang diterima.

Pendekatan untuk mengukur sikap banyak di perbincangkan tetapi terdapat 3 perdekatan yang utama adalah pendekatan Thurstone's (1928), Guttman's (1941) dan Likert's (1932). Pendekatan ini dapat mengukur dengan berbagai cara mengikut kesesuaian dan keputusan bergantung samada pada tahap individu ataupun kesesuaian apa yang hendak diukur.

Mengikut Richard W. School (2002), individu umumnya mempunyai sikap yang mengfokuskan kepada objek, manusia ataupun institusi. Sikap juga dikaitkan dengan kategori mental dan orientasi mental menuju kepada konsep yang menjurus kepada nilai.

Mengikut Model of Attitude Behavior Consistency (The ABC), menyatakan sikap terbahagi kepada dua faktor yang mendorong kepada tingkahlaku. Dua faktor tersebut adalah Attitude Availability dan Attitude Relevance. Attitude availabilility bermaksud kebolehan untuk menentukan sikap individu berpandukan kepada apa yang dimahukan . Manakala Attitude relevance pula bermaksud sikap yang munasabah terhadap situasi tertentu.

Daripada teori terhadap sikap yang telah diperbincangkan menunjukan bahawa sikap difaktorkan kepada dua sahaja. Namun apa yang penting pengukuran sikap pelajar terhadap pembelajaran dapat diukur dan menghasilkan kebolehpercayaan yang tinggi serta koleasi yang kuat diantaranya.

No comments:

Post a Comment