Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT) sekarang Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) memperkenalkan pendidikan berasaskan kompetensi (PBK) atau competency-based education pada tahun 2006 untuk aliran vokasional. Proses pengajaran adan pembelajaran pula menggunakan pendekatan modular di mana setiap mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) dibahagikan kepada beberapa modul. Setiap pelajar secara individu mengikuti modul yang ditetapkan dan perlu mempamerkan kekompetenan bagi setiap keteria yang terdapat modul yang diambil sebelum dibenarkan meneruskan pembelajaran modul seterusnya. Justeru, pentaksiran kompetensi yang digunakan adalah sebenarnya dari jenis rujukan kriteria (criterion-referenced). Manakala kaedah pensijilan yang digunakan adalah modular.
Pendijilan modular memberi maksud pengiktirafan kompetensi pelajar dalam suatu modul yang diambil. Pada sijil berkenaan akan dicatatkan semua modul yang pelajar telah kompeten. Pensijilan ini lebih bermakna kepada pelajar dan industri kerana ia memberi gambaran yang jelas tentang keupayaan pelajar. Ini adalah kerana pentaksiran yang telah dilaksanakan adalah merujuk kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment