Malaysia dijangka menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu negara akan mengalami modeninsasi dan perkembangan teknologi yang akan membawa bersamanya cabaran yang sudah pasti memerlukan tenaga manusia yang cekap, berkesan dan paling utama boleh berfikir.
Seseorang pekerja mungkin akan menukar jenis pekerjaannya sebanyak beberapa kali sepanjang hayatnya oleh kerana perubahan dan perkembangan teknologi. Ini hanya boleh berlaku kepada lulusan yang telah dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran berffikir yang membolehkan mereka menguasai teknologi baru dengan mudah dan dalam masa singkat.
Antara kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran menggunakan peralatan ICT, kecekapan mengendalikan maklumat, menyelesaikan masalah, bekerjasama, berkomunikasi, berfikir dengan kritis dan konstruktif (Perkins, 1986).
Para majikan kerapkali menyarankan pentingnya pelajar yang keluar dari sistem pendidikan formal dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan dan berfikir secara kritis dan konstruktif. Berdasarkan pengalaman mereka, ramai pelajar yang diambil bekerja kurang berinisiatif, tidak disemaikan dengan budaya ilmu untuk pembelajaran swepanjang hayat (life-long learning), dan bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan mereka.
Keupayaan Teras
Keupayaan teras (core abilities) adalah merupakan kemahiran yang diperlukan yang merentasi alam akademik dan alam pekerjaan. Kebolehan teras ini adalah luas, dan perlu dimiliki oleh seseorang lulusan.
Neil (1989) menyatakan bahawa walaupun sesebuah intitusi pendidikan memasukkan keupayaan teras ini ke dalam penyataan misinya, dan walaupun sesorang guru yang baik menghargai betgapa pentingnya aspek komunikasi, pengurusan maklumat, interpesonal dan penyelesaian masalah; keupayaan teras tidak dinyatakan pada peringkat pelaksanaan kursusu dan seterusnya tidak diterapkan ke dalam kurikulum. Hasilnya, kemahiran ini yang dikenal pasti sebagai penting, telah ditenggelami oleh objektif-objektif isi kandungan spesifik (content-specific competencies)
Mielke (1989) menyenaraikan tujuh keupayaan teras iaitu;
- bekerja dengan produktif
- belajar dengan efektif
- berkomunikasi dengan jelas
- bekerja dalam pasukan
- bertindak dengan penuh tanggungjawab
- menghargai diri dengan positif
- berfikir secara kritis dan kreatif
No comments:
Post a Comment