ZIKIR utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Diantara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori;
- Zikir dengan lisan saja.
- Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.
- Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.
- Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya.
Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata:
"Yang pertama sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam kead aan lalai."
Firman Allah bermaksud:
"Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." (Surah al-Ahzab, ayat 35)
Rasulullah bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam syurga." (Hadis riwayat Muslim)
Hikmat lain adalah :
- Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
- Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
- Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
- Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
- Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
- Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
- Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
- Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
- Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
- Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.
- Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
- Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
- Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
- Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
- Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
- Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil.
- Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
- Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh malaikat. Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud: "Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu."
No comments:
Post a Comment