Friday, April 23, 2010

Sakaratulmaut


Satu-satu episode paling utama dalam kehidupan manusia yang setiap orang tidak boleh abaikan ialah episod "mabuk" atau sakar kerana perpisahannya roh dari jasad atau disebut juga dengan Istilah sakaratulmaut. Sakarah ertinya mabuk manakala maut ertinya mati atau proses perpisahan antara jasad dengan roh.
Setiap manusia yang hidup, mahu atau tidak mahu, cinta atau benci, ia terpaksa berdepan dengan sakaratulmaut. Kerana sakaraulmaut ialah sempadan di antara hidup dan mati. Firman Allah s.w.t bermaksud:

"Setiap yang hidup pasti merasai mati"

Pernahkah kita melihat orang yang mabuk arak, mabuk todi, mabuk betina, mabuk judi atau mabuk laut dan pelbagai keadaan mabuk lagi? Bagi orang yang pernah melihatnya tentu mendapati orang yang mabuk tidak lagi sedar dan memperdulikan keadaan sekelilingnya. Hilang malu, takut dan sebagainya, kerana kesan mabuk tadi.

Tetapi, mabuk mati tidaklah dapat dibandingkan dengan keadaan mabuk-mabuk tersebut kerana mabuk mati bererti setiap sentimeter daging yang ada dalam tubuh akan mengalami rasa sakit kerana ditinggalkan roh.
Cuba bayangkan, bagaimana rasanya sakit jika kita terkena tusukan duri? Bagaimana rasa sakit jika sedikit jari kita dihiris? Cuba bayangkan bagaimana rasa sakit jika mata kita dicungkil keluar?

Rasa sakit menghadapi kematian itu menyebabkab seseorang itu tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. Seluruh perasaan dan tumpuanya ialah kepada kematian. Syadina Umar r.a. berpesan:

"Kamu hadirlah kepada orang yang hampir mati. Peringatilah kepadanya kerana mereka melihat apa yang tidak dapat kamu melihat. Talqinkanlah ke telinganya dengan Kalimah Syahadah."

No comments:

Post a Comment