Apabila anak anda melakukan kesalahan, ramai ibu bapa yang mengambil langkah dengan memukul anak mereka sebagai salah satu cara hukuman di atas kesalahan yang dilakukan oleh anak. Tindakan ini diambil sebagai tanda amaran dan ingatan agar anak tersebut tidak akan mengulangi kesalahan yang sama buat kali kedua. Bagaimanapun menggunakan cara ini bukan sahaja memberi impak kepda anda tetapi juga kepada si kecil itu sendiri. Tidak boleh memukul anak bukan bermaksud langsung tidak boleh memukul anak jika anak bersikap melampaui batas. Tetapi, sebaik-baiknya elakkanlah daripada terus menjatuhi hukuman peukul kepada mereka.
Sebab Tidak Digalakkan Memukul Anak
- Mengajar anak erti keganasan; Memukul anak sebenarnya bukanlah cara terbaik mendidik anak. Ini kerana anda sebenarnya mereka erti keganasan. Kanak-kanak yang kerap dipukul juga menjadi tersangat buasdan lasak serta kerap bergaduh. Ini kerana mereka akan berasa puas berbuat demikian serta menganggap tindakan memukul adalah jalan penyelesaian.
- Menyebabkan anak membenci anda; Tindakan anda memukul anak sebagai hukuman ke atas kesalahan mereka bukanlah langkah yang bijak. Ini kerana asas kepada hukuman dera adalah ketakutan, kesakitan dan rasa geram pada anda. Akibatnya, tindakan anda ini akan mengundang rasa benci mereka terhadap anda.
- Menyebabkan anak hilang rasa hormat pada ibu bapa; Meskipun, ada ibu bapa yang berkata mereka mahu mencuba cara memukul untuk menyedarkan anak terhadap kesalahan mereka. Namun, tindakan memukul oleh ibu bapa sehingga emosi meledak sebenarnya tidak baik. Ini kerana, anak dapat melihat ibu bapa mereka hilang Kawalan dan rotan yang digunakan dalam keadaan marah dan kecewa. Situasi ini menyebabkan anak menganggap ibu bapa melepaskan kemarahan kepada mereka dan bukan dipukul kerana berkelakuan kurang baik. Jika ini berlaku, lama-kelamaan anak akan hilang rasa hormat pada ibu atau bapanya.
- Membuat ibu bapa lebih marah; Disebabkan terlalu marah, ada ibu bapa yang tidak dapat mengawal diri semasa memukul anak. Ini menyebabkan pukulan yang diberi kepada anak adalah terlalu kuat. Oleh itu, cara yang paling baik untuk mengawal diri anda daripada terus memukul mereka adalah dengan bertenang.
- Jelaskan kesalahan anak; Tindakan yang terbaik yang boleh diambil sekiranya anak melakukan kesalahan adalah dengan memberi penjelasan yang mudah mengenai kesalahan yang dilakukan.
- Cuba fahami anak: Usah berkata anak ini nakal, degil atau tidak mahu mendengar kata. Sebaliknya, cuba fahami apa yang dia mahukan. Ambil masa bertenang meskipun anda perlu berhadapan dengan karenah mereka.
- Ajar mengawal diri dengan contoh; Anda perlu mengajar anak bagaimana untuk menahan diri dan mengawal diri. Sikap anda yang tenang dan yakin akan menjadi lebih berkesan dalam mendisplin anak.
No comments:
Post a Comment