Ramai orang tidak mengendah cara dirinya berfikir berbanding mereka mengambil berat mengenai cara mereka berjalan atau bernafas. Berfikir seolah-olah merupakan satu proses semula jadi dan seseorang itu berpuas hati dengan tahap pencapaian masing-masing. Walau bagaimanapun, terdapat satu cara berfikir yang tersendiri dan wujudnya satu perbezaan yang ketara antara individu-individu menunjukkan bahawa berfikir mungkin adalah satu kemahiran dan sesuatu yang boleh dilakukan terhadapnya.
Bertahun-tahun lamanya kita belajar dan penumpuan hanyalah kepada mendapat ilmu pengetahuan. Fakta-faktanya bertindih-tindih dan kalau ada hanya sedikit sahaja masa yang ditumpukan terhadap teknik asas berfikir. Kemahiran berfikir dianggap sebagai sesuatu yang diperolehi hasil dari penempuan terperinci terhadap sesuatu objek tertentu. Tetapi adakah itu benar? Jika ia benar? Bukankah itu suatu proswes pembaziran yang berputar. Seperti pembakaran sebuah hutan untuk menghasilkan suatu daging panggang. Secara keseluruhannya adalah lebih penting berfikir secara dengan lebih bijak berbanding disuapkan dengan fakta-fakta.
Adalah penting membina satu kesedaran dalam cara berfikir sendiri. Kesedaran adalah langkah pertama ke arah pembetulan dan kemajuan dalam apa jua kemahiran. Suatu usaha yang dikehendaki daripada kita, ialah sepatutnya bertanya kepada diri dengan bertanya; "Mengapa aku menghadapi kesukaran mengenai perkara ini?"
Tiga Bahagian Berfikir
- Wawasan berfikir; langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikannya tidak dapat dilihat dengan jelas. Penyelesaian hanya dapat dilihat melalui loncatan tiba-tiba atau mendadak berfikir. Ia lebih daripada mencari pendekatan yang betul berbanding penelitian untuk meneruskan pendekatan tersebut.
- Kesan berfikir; penyelesaiannya adalah hasil daripada urutan langkah-langkah yang progresif (penyesuaikan, kemajuan, kesilapan-kesolapan, idea-idea pbaru dan lain-lain). Urutan tidak memerlukan satu urutan logik, Namun begitu langkah-langkahnya harus berlaku satu persatu.
- Strategik berfikir; ini menitikberatkan pilihan langkah-langkah paling berkesan yang dipilih daripada langkah-langkah yang mungkin boleh digunakan untuk mencarinya bukanlah untuk mendapatkan satu penyelesaian yang pasti tetapi untuk satu posisi tingkah laku yang lebih berkesan berbanding dengan yang lain-lain.
No comments:
Post a Comment