Sebagaimana diketahui bahawa dosa Nabi Adam telah diampuni, iaitu sebagaimana terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 37. Kemudian anak cucunya diberi ajaran-ajaran Agama oleh Allah s.w.t. untuk menyelamatkan hidupnya. Barang sesiapa mengikuti agama Allah akan mendapat syurga, dan barang sesiapa yang mengingkarinya akan mendapat neraka.
Adam dan Hawa sebagai suami isteri, dan sebagai Manusia pertama dan nenek moyang kita. Tiap-tiap kali melahirkan dua orang putera, seorang Lelaki dan seorang Perempuan, kecuali kelahiran penghabisan, hanya seorang anak Lelaki iaitu Nabi Syis. Nabi Syis diperisterikan dengan anak perempuan yang lahirnya tidak bersamaan dengan kelahirannya. Begitulah ketentuan Allah pada masa itu. Dari perkahwinan-perkahwinan inilah lahirlah anak cucu Nabi Adam yang tersebar hingga sekarang.
Iblis yang telah berhasil menggoda Nabi Adam nenek moyang Manusia, sampai sekarang selalu berikthiar menggoda manusia. Iblis sangat pandai dan licik menggoda manusia. Sebab itu kita harus berhati-hati dan berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Islam, agar kita selamat dari godaan-godaan Iblis dan syaitan-syaitan yang terkutuk.
No comments:
Post a Comment