Thursday, April 1, 2010
Keistimewaan Gelombang Otak Alpha - Theta
Menurut penyelidikan Elmer dan Ayce Green gelombang α – θ ini selalu dikaitkan dengan suatu keadaan pendalaman (a deeply internalized state) yang dapat memberikan ketenangan badan, emosi dan fikiran. Melalui gelombang α – θ ini seseorang dapat menghasilkan idea baru dan sahih atau idea sintesis, bukan melalui deduksi, tetapi melalui intitusi dari sumber minda terpendam (subconscious mind). Dengan cara inilah seseorang itu dapat mencetuskan idea kreatif. Menurut Elmer dan Ayce Green, keadaan gelombang α – θ ini bukan sahaja kondusif kepada ingatan dan pembelajaran tetapi juga sebagai sumber pemikiran kreatif otak.
Gelombang α – θ mempunyai amplitude yang lebih tinggi dan Frekuensi yang lebih rendah berbanding dengan gelombang β. Dengan sebab itu gelombang α – θ ini dapat memberi lebih tenaga anggutan (fluctuation of energy) dalam otak untuk membentuk hubungan neural yang lebih kompleks dan kreatif antara sel otak.
Banyak kajian penyelidikan telah menunjukkan tentang hubungan kreativiti dengan gelombang α – θ. Thomas Taylor, professor kimia dari Universiti Texas, USA menggunakan alat EEG (electroencephalography) kepada pelajar yang sedang menyelesaikian masalah matematik/teknikal yang agak rumit. Dari rekod pengawasan EEG, taylor dapati gelombang otak β pelajar amat aktif pada masa pelajar itu berfikir secara mendalam tentang masalah itu. Bila sahaja gelombang itu berubah serta-merta dari gelombang β ke gelombang α – θ, dengan cara tiba-tiba terserlah suatu peluang di mana masalah matematik/teknikal itu dapat diselesaikan. Perkara seperti itu kerapkali dialami oleh seseorang yang kreatif menyelesaikan masalah.
Labels:
Pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment