Standad Kompetensi sesuatu pakej pendidikan dan latihan yang berasaskan kompetensi ditentukan oleh industri bagi memenuhi keperluan kemahiran yang telah dikenal pasti dan ditetapkan. Standad kompetensi ini dibina daripada beberapa unit kompetensi yang menerangkan fungsi utama atau peranan dalam sesuatu fungsi kerja atau pekerjaan. Setiap unit kompetensi dalam pakej pendidikan dan latihan ini dikait dan dihubungkan kepada beberapa unit kompetensi lain yang disahkan oleh suatu kerangka kelayakan (qualification framework) tertentu. Unit kompetensi kemudiannya dikontekstualkan untuk memberi refleksi kepada hasil pembelajaran. Proses kontekstual kompetensi melibatkan penambahan dan perubahan kepada unit kompetensi untuk disesuaikan dengan kaedah pembelajaran, profil individu/pelajar, keperluan peralatan, keperluan industri ataupun tempatan tertentu. Ringkasnya kaedah dan pelaksanaan pendidikan berasaskan kompetensi atau proses mengkontekstual unit kompetensi boleh:
- Mengekal bilangan dan kandungan elemen kompetensi dan kriteria prestasi (elements of competensi and performance criteria);
- Menambah penggunaan terminologi industri kepada kriteria prestasi tetapi tidak mengecilkan kompetensi yang dihasilkan;
- Membuat pindaan dan tambahan kepada julat penyataan (range of statement) tetapi tidak mengecilkan perluasan dan kemudah alihan (portability) aplikasi kompetensi;
- Menambah butiran garis panduan eviden pentaksiran seperti aspek butiran ktitikal, sumber dan infrastuktur yang diperlukan di mana perluasan kompetensi tidak menghadkan penggunaannya.
Setiap unit kompetensi disampaikan melalui satu unit kompetesi yang lengkap terdiri daripada beberapa komponen seperti yang disenaraikan di bawah. Komponen ini disusun mengikut aturan bagi setiap unit kompetensi iaitu:
- Tajuk unit (unit title)
- Penerang unit (unit descriptor)
- Unit prasyarat (prerequisite unit)
- Penggunaan unit (application of the unit)
- Bidang kompetensi (competency field)
- Sektor (sector)
- Elemen kompetensi (elements of competency)
- Kriteria prestasi (performance criteria)
- Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan (required skills and knowledge)
- Kompetensi utama (key competency)
- Julat penyataan (range statement)
- Garis panduan eviden (evidents guide)
Penerang Unit (Unit Descriptor): Penerang unit menghubungkan isi kandungan unit kompetensi dengan bidang kemahiran yang berkaitan. Ringkasan maklumat disediakan apabila unit kompetensi dikontekstualkan dengan unit kompetensi lain yang disahkan dalam pakej latihan berkaitan.
Unit Prasyarat – Pilihan (Prerequisite Unit - Optional): Unit kompetensi yang menjadi syarat dan bersandar kepada kompetensi unit yang lain. Unit prasyarat perlu dilengkapkan sebelum unit kompetensi berikutnya. Senarai unit prasyarat disediakan.
Aplikasi Unit (Application of Unit): Sub-seksyen yang menerangkan skop kompetensi unit, tujuan dan operasi unit dalam konteks yang lain. Sebagai contoh dengan melihat bagaimana kompetensi unit diaplikasikan di tempat kerja.
Bidang Kompetensi – Pilihan (Competency Field – Optional): Bidang mencerminkan cara atau kaedah unit kompetensi dikategorikan dalam pakej latihan atau melambangkan sector industri, pengkhususan ataupun fungsi. Ia merupakan satu pilihan kepada unit kompetensi.
Sektor – Pilihan (Sector – Optional): Sektor industri mengkategorikan bidang kompetnsi dan mengenal pasti kelasifikasi seterusnya, sebagai contoh: bidang pilihan atau bidang pengawasan.
Elemen kompetensi (Elements of Competency): Pembentukan asas dalam unit kompetensi. Elemen kompetensi menerangkan hasil pembelajaran, signifikan fungsi dan tugas yang membentuk kompetensi.
Kriteria Prestasi (Performance Criteria): Kriteria prestasi menetapkan prestasi yang diperludiperoleh bagi setiap unit kompetensi dan berkaitan dengan tugas, peranan, kemahiran dan pengetahuan gunaan yang membolehkan pencapaian prestasi kekompetenan. Perenggan atau terma kritikal dihitamkan kemudian didefinisikan dalam julat penyataan mengikut susunan dalam kriteria prestasi.
Pengetahuan dan Kemahiran Yang Diperlukan (Required Skills and Knowledge): Pengetahuan dan kemahiran penting yang dikenal pasti secara berasingan atau bergabung. Pengetahuan mengenal pasti apa yang perlu diketahui oleh seseorang individu untuk melaksanakan tugasan setelah dimaklumkan dalam keadaan yang berkesan. Kemahiran menerangkan aplikasi pengetahuan terhadap situasi di mana pemahaman ditukarkan kepada hasilan di tempat kerja.
Kompetensi Utama (Key Competency): Kaedah atau cara bagaimana kompetensi utama dikaitkan dengan unit.
Julat Penyataan (Range Statement): Julat penyataan menyediakan konteks bagi setiap unit kompetensi. Ia menerangkan kondisi operasi utama yang mungkin terdapat dalam pakej latihan dan pentaksiran bergantung kepada situasi kerja, keperluan individu, kemudahan laluan yang berkaitan industri tempatan dan konteks daerah.
Garis Panduan Eviden (Evidents Guide): Panduan eviden sangat kritikal dalam proses pentaksiran. Ia menyediakan maklumat kepada organisasi latihan yang berdftar dan kepada pentaksir tentang kompetensi yang diterangkan dapat ditunjukkan. Panduan eviden memberikan julat eviden untuk pentaksir membuat penentuan. Panduan eviden menerangkan:
Kondisi atau situasi di mana kompetensi perlu ditaksir termasuklah pembolehubah seperti persekitaran pentaksiran dan keperluan peralatan
Hubungan di antara pentaksiran unit komptensi lain
Kaedah yang sesuai untuk melaksanakan pentaksiran termasuk kemungkinan simulasi di tempat kerja
Implikasi sumber sebagai contoh kemudahan peralatan, infrastruktur dan situasi.
Bagaimana konsistensi prestasi dapat ditaksir dalam suatu tempoh masa, pelbagai konteks dan dalam satu julat eviden
Pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan.
Setiap unit kompetensi ini perlu disampaikan dalam satu kaedah yang menyeluruh (explicit) merangkumi rekabentuk pendidikan dan latihan teknik vokasional, penyesuaian pelaksanaan (P&;P) dan pentaksiran seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
Penutup
Dalam melaksanakan program pendidikan berasakan kompetensi, aktiviti utamanya adalah berkisar dengan aktiviti mereka bentuk (design), pelaksanaan (delivery) dan pentaksiran (assessment). Pertimbangan perlu dibuat semasa menjalankan aktiviti mereka bentuk pendidikan dan latihan teknik vokasional berasaskan kompetensi. Antaranya ialah:
- Mengenal pasti kemahiran spesifik yang menjadi asas kepada pendekatan pendidikan berasaskan kompetensi
- Mengenal pasti keadaan, persekitaran dan situasi di mana kemahiran akan digunakan
- Membina kriteria atau standad untuk melaksanakan kemahiran
- Membangunkan panduan pembelajaran (learning guide) berasaskan kompetensi serta senarai semak untuk melaksanakan setiap kemahiran dan akiviti
- Membangunakan manual rujukan yang mengandungi keperluan, maklumat berkaitan dengan kemahiran yang hendak dicapai
- Membina model untuk sesi latihan
- Membina objektif pembelajaran yang dipamerkan menjadi hasil pembelajaran untuk dicapai oleh individu/pelajar
- Membangunkan garis kursus (course outline) yang selari dengan pelbagai kaedah dan media latihan untuk objektif kursus
- Membangunkan kurikulum tentang kursus dan latihan berasaskan kompetensi
Adalah diharapkan pelaksanaan pendidikan dan latihan teknik vokasional berasaskan kompetensi dapat melahirkan generasi individu/pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi, berdaya saing dan kompeten dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti mana yang diperlukan oleh industri tempatan dan antabangsa. Modal ini seterusnya berupaya melonjakkan kecermelangan pendidikan dalam menjana masyarakat boleh kerja yang dapat memenuhi pasaran perkerjaan.
No comments:
Post a Comment