Tuesday, April 20, 2010

Key Competency

Mayer (1991) dan Australian VET (2002) mendefinisikan kompetensi utama (key competencies) sebagai "competence essential for effective participation in the emerging patterns of work and work organizations" manakala competency standards sebagai pengetahuan, kemahiran dan atribut yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dengan efektif di tempat kerja.

Sistem pendidikan di Australia mengintegrasikan tujuh (7) kompetensi utama yang dikenali sebagai "Seven Mayer Key Competencies" dalam kurikulum pendidikan sekolah tinggi mereka dengan matlamat untuk membangunkan pekerja yang berkemahiran tinggi dan kompeten seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: "Seven Mayer Key Competencies"
Competencies 
Definition 
Collecting, analyzing and organizing information 
The capacity to locate information, shift and sort in order to select what is required and present it in a useful way, and evaluate information and it resources.
Communicating ideas and information 
The capacity to communicate effectively with others using spoken, written, graphical, and other non-verbal means of expression 
Planning and organizing activities
Plan and organize own work activities, making good use of time and resources, sorting out priorities and monitoring 
Working with other and in teams 
Interact effectively with other people one-on-to-one and in groups, understanding and responding to the needs of clients and working effectively as a member of a team to a achived a shared goal
Using mathematical ideas and techniques 
Use mathematical ideas, such as numbers and spaces and techniques such as estimation and approximation for practical proposes
Solving problems 
The capacity to apply solving problems strategies in purposeful ways both in situations where the problem and the solution are clearly evident and in situation requiring creative thinking and a creative approach to achieve an outcome
Using technology 
The capacity to apply technology combining the physical and sensory skills needed to operate equipment with the understanding of scientific and technological principles needed to explore and adapt system 

Walau bagaimanapun, di Amerika Syarikat, Secretary of Labour's Commision on Achieving Necessary Skills (SCANS) (1991) telah menyenaraikan 37 kemahiran dalam dua kategori utama iaitu kemahiran teras dan kompetensi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: "SCANS Basic Skills and Competencies"
KEMAHIRAN TERAS 
1 
KEMAHIRAN ASAS 
Membaca – memahami dan mentakrif maklumat dalam bentuk manual, graf dan jadual.
Menulis – berkomunikasi idea, pemikiran, maklumat dan pesanan melalui tulisan dan menyediakan dokumen dalam bentuk surat, arahan, manual, laporan, graf dan carta alir.
Matematik – melaksanakan pengiraan asas dan menggunakan kaedah matemati untuk menyelesaikan masalah
Mendengar – menerima, mengintepretasi dan bertindak kepada pesanan lisan
Berucap – menyusun idea dan berkomunikasi secara lisan
2 
KEMAHIRAN BERFIKIR 
Berfikir kreatif – membina idea baru
Membuat keputusan – membina pilihan, mengambil kira risiko, menilai dan memilih alternatif
Penyelesaian masalah – mengenal masalah, menyusun dan melaksanakan pelan tindakan
Melihat benda dengan mata minda – menyusun dan memproses symbol, gambar, objek dan maklumat lain
Mengetahui bagaimana untuk belajar – menggunakan teknik berkesan untuk mendapat dan mengaplikasikan ilmu dan kemahiran baru
Menghujah – mencipta prinsip, peraturan yang menghubungkan dua atau banyak perkara dan menggunakannya dalam penyelesaian masalah
3 
KUALITI PERIBADI 
Bertanggungjawab 
Harga diri 
Pengurusan diri – menilai diri dengan tepat, bina matlamat hidup, memantau pencapaian diri, boleh mengawal diri
Hubungan sosial – persefahaman, mesra, menyesuaikan diri, berbudi bahasa
Jujur 

 
KOMPETENSI 
1 
PENGURUSAN SUMBER 
Masa – mengurus masa dengan berkesan
Kewangan – menyediakan belanjawan, unjuran, merekod, mengubahsuai peruntukan
Bahan dan fasiliti – merekod, menyenggara bahan dan fasiliti dengan bekesan
Manusia – menilai kemahiran, mengagih tugas, menilai prestasi dan memberi maklum balas
2 
INTERPERSONAL 
Kerja berpasukan – memberi sumbangan kepada kumpulan
Mengajar rakan kemahiran baru
Perkhiudmatan pelanggan – berkerja untuk memenuhi keperluan pelanggan
Kepimpinan – komunikasi, menyakinkan orang lain, mengajar
Berunding – mendapatkan persetujuan orang lain
Kepelbagaian budaya, jantina, ugama
3 
MAKLUMAT 
Memperoleh dan menggunakan maklumat 
Intepretasi dan komunikasi – memilih, menganalisadan berkomunikasi maklumat dengan orang lain
Mahir menggunakan komputer
4 
SISTEM 
Memahami sistem – memahami cara sistem beroperasi dan beroperasi secara berkesan didalamnya
Memantau dan membetulkan pencapaian – mengenal tren, mengunjurkan impak, membuat diagnosa,dan membetulkan amalan kerja
Mereka bentuk sistem – mencadangkan pengubahsuaian kepada sistem sedia ada untuk meningkatkan prestasi
5
TEKNOLOGI 
Memilih teknologi – mengenalpasti teknologi yang sesuai untuk beroperasi dengan berkesan
Menyenggara perkakasan – mengenal pasti, menghalang atau menyelesaikan masalah berkaitan dengan teknologi

No comments:

Post a Comment