Thursday, April 22, 2010

Keboleh Percayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor dari segi ketepatan dan ketekalan skor itu bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang ditaksir. (LPM, 2003).

Ciri-ciri kebolehpercayaan terdiri daripada boleh diharap, stabil, tekal, boleh ditelah dengan tepat dan jitu. Dalam bidang psikologi dan pendidikan kebolehpercayaan sesuatu alat pengukuran merujuk kepada sejauhmana skor yang dihasilkan oleh alat pengukuran itu adalah tekal. Ini bermakna, bila alat berkenaan digunakan untuk mengukur pencapaian seseorang skor yang didapati harus sentiasa sama, walaupun pada masa yang berlainan. Kebolehpercayaan juga boleh dilihat dari pelbagai perspektif iaitu kestabilan, kesetaraan dan ketekalan. Seseorang yang boleh dipercayai seharusnya memiliki kesemua sifat itu.

Terdapat 5 faktor mempengaruhi kebolehpercayaan; 1. faktor keadaan tempat atau Lokasi ujian itu di ambil, 2. Faktor kejelasan arahan dan item-item yang diuji, 3. Panjangnya ujian, 4. Tempat masa ujian dan 5. Faktor pemeriksaan dan pemarkahan. (Abu Bakar Nordin)

Jika sesuatu skor ujian itu tidak boleh dipercayai atau tidak stabil, ia akan meninggalkan kesan buruk. Selain daripada tidak berfaedah, ianya akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan. (Harlen. W, 1994)
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan alat pengukuran itu mengukur apa yang hendak diukur (Bhasah, 2006)

No comments:

Post a Comment