Monday, April 26, 2010

Abah Hebat


Untuk menjadi abah yang hebat caranya agak sukar, tetapi tidak mustahil jika kena caranya. Secara fitrahnya seseorang anak akan menyanjungi abahnya selain dari ibunya, kerana kedua-dua insan ini adalah orang yang paling rapat dengan mereka sejak dari lahir lagi. Jadi sebagai abah anda perlu menyambut sanjungan anak. Supaya sanjungan anak terhadap abahnya tidak diganggu oleh anasir luar.

Hebatnya seorang abah bagi seorang anak adalah subjektif. Abah tidak semestinya mempunyai Rumah yang besar, berpangkat besar, ada kereta basar atau mengurus syarikat besar untuk menjadi insan yang dikagumi anak.

Walaupun anda menjadi seorang petani yang kais pagi makan pagi, seorang nelayan atau penoreh getah, anda masih boleh lagi mendapat hak untuk disanjungi serta dikagumi oleh anak. Semua ini asalkan anda mampu menyambut fitrah sebagai seorang bapa yang berupaya menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

Tidak gunanya anda seorang abah yang kaya raya sehingga mampu menabur duit pada anak sewenang wenangnya, tetapi dibelakang anda, anak mengutuk serta membenci anda. Dengan ini jelas menunjukkan hebatnya seorang abah itu terletak bukan pada wang ringgit, tetapi keupayaan untuk menyambut fitrah itu.

Untuk menyambut fitrah sebagai abah yang disanjungi dan dikagumi anda perlu menganggap gelaran abah sebagai karier professional. Anggap tugas sebagai abah lebih hebat lagi dari tugas anda ditempat kerja. Seorang abah harus tahu tugas yang perlu dipikul sebaliknya dan mereka komited untuk melakukanya dengan kejayaan sebagai ABAH YANG HEBAT.

Ingatlah anak berada di dalam tanggungjawab anda yang diberikan oleh Allah, pikullah amanah ini sebaik mungkin. Paling penting didiklah anda untuk menjadi Manusia yang berguna.

1 comment:

  1. Menjadi Abah (ayah) yang hebat... perlu mencontohi Nabi Muhammad s.a.w.

    ReplyDelete