Tuesday, April 20, 2010

Kesahan Ujian

Kesahan merujuk sejauhmana sesuatu mengukur apa yang hendak diukur. Sesuatu ujian dikatakan mempunyai kesahan tinggi, jika ia mengukur semua perkara yang hendak diukur dan tidak selain daripada itu. Kesahan juga dikaitkan dengan persoalan sah untuk tujuan apa dan sah untuk siapa. Kesahan boleh dibahagikan kepada;
  1. Kesahan Kandungan: Merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian mengukur sesuatu bidang kandungan yang telah ditetapkan. Item-item ujian harus mengukur bidang kandungan yang ditetapkan (item validity). Item-item sesuatu ujian harus merupakan satu persampelan yang secukupnya daripada domain semua item-item yang mungkin (sample validity). Kesahan kandungan adalah amat penting untuk ujian-ujian pencapaian supaya skor ujian akan memberi gambaran sebenar tentang pencapaian pelajaran.
  2. Kesahan Ramalan: Merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian dapat meramalkan tahap pencapaian-pencapaian perubahan atau perlakuan akan datang. Kesahan Ramalan sesuatu ujian diperolehi dengan menentukan pertalian di antara skor pada ujian berkenaan dengan menentukan pertalian di antara skor pada ujian berkenaan dengan suatu ukuran kejayaan dalam situasi yang ditetapkan (intended situation). Ujian yang digunakan untuk meramal kejayaan, dinamakan penelah (predicition). Tingkahlaku (pencapaian, perlakuan dan lain-lain) yang dinamakan kriteria (criterion).
  3. Kesahan Gagasan: Merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian mengukur gagasan yang diperolehi pelajar, gagasan ini dikatakan dapat menjelmakan dalam pencapaian ujian. Gagasan tidak boleh dilihat secara terus menerus tetapi markah yang memperolehi gagasan tertentu dijangka akan bertelingkahlaku dengan cara-cara tertentu. Jadi kita membuat inferens tentang gagasan melalui tingkahlaku. Jika sesuatu ujian menandingi item-item yang mengukur tingkahlaku-tingkahlaku yang dikatakan mencerminkan gagasan berkenaan, maka ujian itu dikatakan mempunyai kesahan gagasan tret berkenaan. Kesahan gagasan ditentukan melalui pengajaran pengujian hipotesis yang diperolehi daripada berdasarkan teori mengenai gagasan berkenaan.
  4. Kesahan Serentak: Merujuk kepada sejauhmana skor sesuatu ujian mempunyai pertalian dengan skor ujian yang ditadbir secara serentak, dimana;
  • Tadbir ujian baru kepada satu kumpulan yang ditetapkan.
  • Tadbir ujian yang telah sah kepada kumpulan yang sama.
  • Kira kolerasi antara kedua-dua set skor.
Cara-cara untuk mempertingkatkan kesahan
  1. Meneliti bidang dan tajuk yang akan diuji berdasarkan sukatan pelajaran.
  2. Menetapkan objektif ujian.
  3. Menetukan bilangan item bagi setiap objektif.
  4. Menyediakan jadual penentuan ujian.
  5. Menentukan format soalan sama ada jenis esei, objektof, aneka pilihan atau sebagainya.
  6. Mengambil tahu latar Belakang calon-calon seperti tingakatan, umur, kebolehan dan data-data lain yang relevan.
  7. Menyatakan arahan yang jelas dan sesuai tentang pentadbiran ujian.
  8. Menetukan jumlah skor setiap bahagian item dan arahan peraturan memberi markah.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers