Saturday, April 17, 2010
Ceria Hidup Anda Dengan Tertawa
Di dalam satu kajian, beberapa orang telah diberi sekotak mancis, sebatang lilin dan sedikit pelekat; dan mereka diarah untuk melekatkan lilin tersebut pada papan gabus supaya apabila lilin itu terbakar, lilin yang cair itu tidak akan meleleh. Satu kumpulan telah menonton tayangan filem jenaka sebelum eksperimen ini. Sedangkan satu kumpulan lagi menonton filem pengajaran yang serius, dan ketiga-tiga kumpulan melakukan senaman fizikal. Kumpulan yang melakukan yang terbaik adalah kumpulan yang menonton filem jenaka. Dua lagi kumpulan kurang berjaya.
Apakah itu tertawa? Ia emosi yang paling penting dan paling bernilai di antara segala emosi. Ini juga emosi yang paling sukar difahami. Tiada seorang pun yang berjaya mengenal pasti di man Lokasi perasaan "licu" di kortek serebum. Tetapi apabila anda cuba meningkatkan kepintaran berkesan, ketawa merupakan ubat yang paling mujarab di antara himpuna emosi anda.
Jenaka merupakan satu yang subjektif. Kita semua ketawa tetapi kita ketawa pada perkara yang berlainan, tidak sama. Lelaki amnya, suka kepada komedi yang kasar, wanita adalah sebaliknya. Apa pun jenaka kegemaran anda, anda perlu ketawa sekurang-kurangnya sekali sehari.
Rasa lucu membuka minda anda kepada kemungkinan dan perspektif yang lebih luas. Dan ianya juga amat terapeutik. Jika anda mengambil sesuatu yang anda takuti dan menjadikannya lucu, ia tidak lagi menakutkan anda. Dan anda boleh membuat jenaka hadir dari semua arah, termasuk dari diri anda sendiri.
Sebenarnya, satu cara yang paling baik untuk mendapatkan pandangan yang sentiasa positif adalah dengan mengelakkan diri anda dari menjadi terlalu serius. Denga ketawa anda susah untuk menyimpan rasa marah yang berlarutan. Ia juga sebagai ubat sekiranya anda dalam keadaan stress. Ketawa satu emosi yang penting, digunakan sekurang-kurangnya untuk menambah kemampuan untuk belajar.
Labels:
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment