Sunday, April 4, 2010

Cubalah Dahulu Untuk Memahami


Sungguhpun ia berisiko dan sukar, cubalah dahulu untuk memahami, atau dianogsis sebelum anda berpreskripsi, merupakan sesuatu patut wujud dalam kehidupan kita. Ia merupakan tanda sifat profesional pada diri. Ia kristis bagi ahli optometri, ataupun doctor. Anda tidak akan mempunyai keyakinan terhadap presikripsi doktor kecuali jika anda yakin terhadap diagnosisnya.

Jika anda tidak yakin terhadap diagnosis, anda tidak yakin dengan preskripsi. Prinsip ini selalu digunakan dalam jualan. Juru jual yang berkesan mula-mula cuba untuk memahami keperluan, keprihatinan, situsi pelanggannya. Jurujual amator menjual barangan, jurujaul professional menjual penyelesaian kepada keperluan dan masalah. Ia pendekatan yang berbeza langsung. Seorang professional belajar bagaimana mendiagnosis, bagimana memahami. Dia juga belajar bagaimana mengaitkan keperluan orang lain dengan barangan perkihdmatannya. Dan, jika perlu, dia mempunyai integriti untuk berkata, "Barangan atau perkhidmatan saya tidak memenuhi kerperluan itu".

Mendiagnosis sebelum anda berpreskripsi adalah asas undang-undang. Peguam professional akan mula-mula mengumpul fakta untuk memahami situasi, untuk memahami undang-undang dan presedent, sebelum membuat persediaan sesuatu kes. Peguam yang baik hampir dapat menulis kes peguam pihak yang bertentangan sebelum dia menulis kes sendiri.

Hal ini juga perlu untuk reka bentuk barangan. Dapatkah anda membayangkan seseorang dalam sesuatu syarikat menyatakan, "Penyelidikan pengguna ini tidak berguna. Mari kita reka sahaja barangan." Dengan kata-kata lain, tak payah kita memahami tabiat dan niat membeli seseorang pengguna, kita reka barangan sahaja. Tak boleh.

Jurutera yang baik akan memahami daya dan rintangan yang bertindak sebelum mencipta jambatan. Guru yang baik akan menilai muridnya sebelum mengajar. Pelajar akan memahami sebelum dia Gunakan apa yang dia belajar. Ibubapa yang baik akan memahami sebelum menilai atau menghakim. Anak kunci pertimbangan yang baik ialah kefahaman. Kalau seseorang itu menghakim dahulu, dia tidak akan memahami dengan betul. Cuba dahulu untuk memahami ialah prinsip yang perlu dipraktikan dan dan terbukti berkesan kehidupan.

5 comments:

  1. berfikir dahulu sebelum bertindak...

    ReplyDelete
  2. berfikir dahulum sebelum bertindak

    ReplyDelete
  3. Betul... berfikir adalah proses untuk memahami.. diagnosis merupakan satu proses untuk membuat penilaian... kita jgn tolak mentah2.. perkara ini sering kita lakukan terhadap anak kita... jika berlarutan... jangka panjang menyebabkan anak kita... kurang berkeyakonan diri..

    ReplyDelete
  4. Jika kita ingin orang memahami kita... kita perlu belajar memahami orang lain...

    ReplyDelete