Saturday, April 17, 2010

Penilaian Diagnostik dan Penilaian Sumatif

Penilaian Diagnostik 

Tujuan Penilaian Diagnostik adalah untuk mengesan punca-punca masalah atau kesilapan pembelajaran yang timbul secara b erulang-ulang (persintent learning difficulties) samada masalah fizikal, inteletual, emosi atau persekitaran. Penilaian diagnostik dilakukan bagi tujuan merancang tindakan pemulihan khas. Penilaian diagnostik dijalankan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran seperti yang difikirkan perlu oleh guru. Alat-alat yang ujian disediak secara khas oleh guru dengan pelbagai alat pemerhatian termasuk teknik temubual klinikal.

Penilaian Sumatif

Penilai Sumatif digunakan adalah untuk menentukan sejauhmana objektif-objektif Pengajaran dan Pembelajaran telah dicapai iaitu untuk mengesan pencapaian pelajar pada akhir sesuai tempoh pelajaran. Dijalankan secara formal. Antara alat yang digunakan ialah Ujian pencapaian dan Ujian Amali/Lisan. Hasil penilaian digunakan untuk tujuan penggredan/pensijilan. Juga digunakan untuk menilai kesesuaian objektif kursus dan keberkesanan kursus/program.. tafsiran ujian ini berbentuk Rujukan Norma. Ditadbir pada penghujung sesuatu kursus, semester, penggal atau akhir tahun persekolahan.

No comments:

Post a Comment