Wednesday, April 28, 2010

Tempat diturunkan dan wafatnya Nabi Adam a.s.


Menurut riwayat yang masyur dari Ibnu Abbas, dikeluarkan oleh Imam-Imam; Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, Al Hakim, Ibnu Saad dan Ibnu A'Sakir: Nabi Adam mula-mula diturunkan di Tanah Hindustan dan Siti Hawa di Jedah. Keduanya bertemu kembali di Muzdalifah. Sesudah tua usianya ia meninggal di Tanah Hindustan dan dikubur di sana. Sesudah satu tahun maka wafatlah Siti Hawa di Jeddah dan dikuburkan di sana pula.

Menurut hadis-hadis yang soheh, Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaat dan diwafatkan pada hari Jumaat pula seperti diturunkannya di muka bumi. Menurut riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam a.s. wafat pada usia seribu tahun dan setahun kemudian meninggal pula Siti Hawa.

Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam dikuburkan di Tanah Hisdustan, dan sebahagian riwayat lagi mengatakan bahawa Nabi Adam dikuburkan di Negeri Makkah atau Jeddah, berdekatan dengan Siti Hawa.    Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menjadikan a.s. pada hari Jumaat, diturunkan ke bumi pada hari Jumaat, beliau bertaubat kepada Allah atas dosanya memakan buah khuldi itu pada hari Jumaat dan wafat pada hari Jumaat."Sesetengah riwayat menyatakan Tarikh Nabi Adam wafat pada 10 Muharam.

No comments:

Post a Comment