Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan satu bidang ilmu yang rangkumi unsur-ussur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.
Menurut Yap Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
- Mengenalpasti peluang perniagaan.
- Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai
- Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
- Mengambil risiko yang telah diperhintungkan.
- Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
- Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment