Friday, April 16, 2010
Kesan Sampingan Stress
Rambut gugur 50 hingga 100 helai sehari dianggap normal. Selain genetic, peningkatan usia terutama bagi kaum Lelaki dikenal pasti sebagai faktor utama. Namun sekiranya anda masih muda dan gagah tetapi rambut mula menipis, anda sebenarnya sedang mengalami stress.
Umumnya, tekanan perlu bagi menggerakkan tubuh dan menyalurkan tenaga sewaktu kita berdepan dengan masalah kesihatan. Ini kerana tubuh manusia sememangnya tercipta untuk bertahan terhadap stress tetapi bagi tempoh yang agak pendek.
Bagaimanapun dalam kehidupan moden, kesesakan jalan raya, pengambilan kafein, prndedahan kepada pencemaran, bebanan kerja dan tiasa masa untuk diri sendiri mengakibatkan masyarakat hari ini ibarat hidup dalam tekanan.
Apa yang berlaku sewaktu stress
Sewaktu stress tubuh anda akan menghasilkan kortisol. Namun Penghasilan secara berpanjangan akan menekan fungsi imun dan meninggikan risiko jangkitan. Ia juga akan meningkatkan paras glikosa yang mendorong kepada rembesan insulin. Stress yang berpanjangan boleh memusnahkan sel yang menghasilkan insulin.
Sistem pengaliran darah menyimpan sedikit natrium yang berperanan dalam mengecutkan salur darah buat sementara waktu. Tetapi jika paras natrium meningkat terlalu tinggi secara berpanjangan, ia boleh menggangu laluan semula jadi nutrient ke sel-sel tubuh. Disamping itu otot-otot jantung juga akan terkesan apabila tekanan darah meningkat bagi satu tempoh yang agak lama.
Seandainya anda mengalami stress yang keterlaluan, asid amino dalam tulang dan otot dirembeskan ke sistem pengaliran darah untuk meningkatkan paras tenaga. Jadi apabila anda berada dalam keadaan terlalu lama, tulang dan otot tidak terbentuk dengan sempurna.
Sewaktu anda stress, adrenalin mendorong lemak disimpan dalam sel tubuh dibebaskan dan ditukar kepada tenaga. Ia mendorong kepada peningkatan paras kolestrol dan lipid dalam darah. Serangan jantung boleh terjadi akibat penghasilan trigeliserida yang berpunca daripada paras lipid yang tinggi dalam darah akibat tekanan berpanjangan.
Makanan punca stress
Menurut kajian didapati negara yang mana penduduknya mengambil sumber protein buka ikan, kadar kemurungannya adalah lebih tinggi. Ketagihan atau kekerapan makan makanan ringan, makanan diproses gula, alcohol, teh, kopi dan sesetengah perwarna dikatakan mendorong kepada masalah mental dan stress. Sementara buah-buahan, sayuran berdaun hijau, kekacang, roti gandum penuh, telur organik, ikan kaya dengan asid lemak, mampu memberi anda ketahan dari segi mental.
Labels:
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment