Zaman sudah berubah. Dahulu ibu bapa mempunyai banyak waktu senggang bersama anak. Namun hari ini lain pula ceritanya lantaran ibu bapa lebih terikat dengan waktu pejabat. Meskipun begitu, ia tidak bermakna anda bakal berenggang dengan buah hati anda. Anda masih boleh menjalin kemesraan dan keakraban seisi keluarga melalui aktiviti bersiar-siar, membeli belah dan juga berkelahi. Enam cara berikut boleh membantu anda meningkatkan kasih sayang dan keakraban anda dengan si kecil secara berterusan.
- Membaca bersama: Sekiranya ada kelapangan sebelum tidur, ajaklah si kecil bersama. Pilih buku dengan tema dan jalan cerita yang bersesuaian. Lakukan pembacaan secara santai berserta gerak tubuh dan mimik muka supaya sesi tersebut menjadi lebih menarik dan menyeronokkkan.
- Dakap, belai dan bermain: Pada usia kanak-kanak, si kecil memang suka bermain. Namun , pada masa yang sama dia juga ingin dibelai, didakap dan dimanja. Anda boleh membina keakraban sama ada dengan melakukannya secara berasingan ataupun serentak. Walau bagaimanapun, melakukannya secara pakej pasti lebih istimewa. Misalnya, anda boleh mengusik, memeluk dan menggomolnya dalam satu masa sambil menonton tv di Rumah. Meskipun begitu, pilihlah masa yang sesuai supaya anak anda tahu bukan semua waktu dia boleh dilayan begitu oelh anda.
- Usah terus menolak: Buah hati anda masih terlalu mentah untuk memahami banyak perkara. Namun, pada masa yang sama, terlalu banyak pula dia mahukan daripada anda selain daripada kasih sayang yang diperolehi. Lazimnya si kecil gemar menuntut sesuatu seperti mainan. Tetapi bukan semua permintaannya boleh dipenuhi. Meskipun begitu, usah sesekali menolak mentah-mentah. Berikan dia penjelasan yang sesuai dengan peringkat usianya supaya dia lebih memahami dan menghormati anda. Selain itu, anda juga boleh memberikan dia pilihan lain sebagai ganti.
- Adil: Walau beberapa ramai pun bilangan cahaya mata anda, usah sesekali lupa untuk bersikap adil. Anda perlu bijak membahagikan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak agar mereka dapat merasai kehadiran mereka diperlukan dalam keluarga.
- Bercuti sekeluarga: Bercuti bukan sahaja untuk merehatkan akal, minda dan tubuh. Lebih penting, ia memberikan anda sekeluarga peluang untuk bersama-sama melakukan banyak perkara. Walau bagaimanapun, percutian menjadi lebih berkualiti sekaligus mendapat mengeratkan hubungan semua anggota jika ia melibatkan semua pihak termasuk anak anda sama ada dari segi pemilihan destinasi mahupun aktiviti.
- Nikamati hidangan bersama: Binalah kasih sayang dan keakraban dengan menikmati sarapan, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam bersama-sama. Gunakan ruang ketika menikmati hidangan mahupun minuman dengan berbual-bual sambil bertukar-tuakr pendapat. Anda boleh menjadi pendengar yang setia kepada anak-anak.
No comments:
Post a Comment