- Item Respons Terbuka.
- Item Respons Terhad.
- Item Berstruktur.
Item respons terbuka memberi ruang kepada pelajar untuk memilih cara menjawab dengan lebih bebas, pelajar sendiri yang menentukan panjang atau pendek jawapannya serta gaya penulisan atau pendekatan yang pelajar fikirkan sesuai asalkan tidak terkeluar dari konteks jawapan yang dikehendaki. Item jenis ini amat sesuai untuk menguji pemikiran tahap tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.
Kebaikan item respons terbuka ialah kemampuannya mentaksir kebolehan pelajar seperti mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahahkan sesuatu idea atau perkara. Pelajar berpeluang untuk mengaitkan beberapa idea, maklumat dan lain-lain perkara untuk membentuk suatu set komunikasi. Persembahan jawapan adalah lebih asli kerana pelajar dapat menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dengan gaya bahasa yang tersendiri. Keupayaan pelajar dalam penggunaan bahasa akan lebih terserlah.
Item Respons TerhadItem jenis ini berkecenderungan menghadkan bentuk respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah diperuntukkan. Biasanya pelajar hanya perlu memberi respons dalam satu fraasa, atau satu perenggan sahaj bergantung kepada ruang jawapan yang disediakan.
Kebolehpercayaan item respons terhad lebih tinggi dari item respons terbuka kerana subjektiviti respons telah dihadkan. Pelajar akan memberi tumpuan kepada arahan item berkenaan. Item jenis ini kurang sesuai untuk kemahairan berfikir tahap tinggi.
Item BerstrukturItem berstruktur mempunyai satu siri soalan yang dikemukakan secara berperingkat dan terdapat perkaitan antara satu sama lain. Item berstruktur adalah sebenarnya item respons terhad. Perbezaan antara kedua-duanya terletak kepada wujudnya satu situasi atau keadaan dimana pelajar dikehendaki menjawab beberapa siri soalan yang berkaitan dengan situasi berkenaan. Jenis item ini mengandungi stimulus, stem soalan dan set soalan.
No comments:
Post a Comment