Kemarahan! Bunyinya seperti sesuatu yang tidak baik. Anda mungkin berfikir bahawa seseorang yang bijak tidak pernah marah. Mungkin benar, tetapi ia tidak semestinya betul. Tanpa cabaran, anda tidak mungkin mendapat peluang untuk mengasah kepintaran berkesan anda. Kehidupan anda statik – mungkin selamat tetapi diibaratkan seperti sekeras sebiji batu yang malap. Mari kita lupakan tanggapan "stereotype " yang mengatakan bahawa cerdik pandai selalu bersikap tenang dan tenteram. Adakah anda benar-benar terfikir Albelt Einstein tidak pernah terlalu ghairah tentang sesuatu? Jika ini tanggapan anda, anda silap – kerana inilah orangnya yang mengatakan "Orang yang berjiwa besar selalunya mendapat tentangan dari orang yang berfikiran sederhana," Einstien mempunyai kesedaran sosial yang terserlah. Dia bertindak tegas terhadap rakan akedemiknya apabila mereka tidak berani menentang Nazi pada tahun1933. Einstein juga sanggup untuk meluahkan kemarahannya terhadap rakan-rakan saintis apabila mereka enggan membuka minda mereka terhadap suatu idea baru serta cuba mempertahankan cara yang mementingkan penghafalan dari pembelajaran sebenar.
Rasa marah menyemarakan emosi manusia seperti mana perasaan lain juga. Selagi kita mahu apa yang kita tidak boleh perolehi, selagi itulah kita mudah menjadi mangsa kepada kemarahan. Oleh kerana itu, kemarahan boleh diransang. Tetapi ingat! Kemarahan juga dengan mudah mengelincirkan cubaan terbaik untuk mencapai matlamat dan juga boleh mengaburi mata kita terhadap kebaikan ada disekeliling kita. Persoalannya, bagaimana boleh kita kawal rasa kemarahan dan menggunakannya untuk membantu, bukannya menentang kita.
No comments:
Post a Comment